Pengenalan
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, dan menulis.
Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.
Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan
pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang
berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar
dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi.
Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan
terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid dalam
memastikan input yang diberikan kepada murid-murid adalah sejajar dengan apa
yang dikehendaki. Selain itu, kita juga akan melihat apakah yang disebutkan
dengan kemahiran bernilai tambah sebagai pengetahuan tambahan dalam
menghasilkan kualiti pengajaran yang tinggi dan berkesan. Bagi memastikan
pengetahuan terhadap kemahiran bernilai tambah ini benar-benar diperolehi dan
dikuasai, pelaksanaan amali pengajaran menggunakan kemahiran ini akan
dilaksanakan. Akhirnya pula, berdasarkan kepada pengetahuan terhadap
ketiga-tiga kemahiran berbahasa yang kita bincangkan sebelumnya, kita akan
memilih salah satu daripada kemahiran tersebut dalam mengajar murid-murid yang
mempunyai masalah pembelajaran.
Konsep bertutur
Merupakan aktiviti yang melafazkan oleh
penutur hasil gabungan daripada bunyi-bunyi
bahasa yang dilafazkan. Aktiviti bertutur ini berlaku di peringkat produksi. la
berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa
yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada
kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur turut dipengaruhi aspek fizikal,
kesihatan, persekitaran, dan jantina. Individu boleh menguasai kemahiran
bertutur dengan baik sekiranya memberi tumpuan penuh terhadap aspek fonologi,
struktur ayat, intonansi dan penguasaan terhadap system bunyi yang lain.
Kemahiran bertutur dengan sempurna melibatkan keupayaan seseorang itu
berkata-kata atau bercakap. Selain itu, penutur boleh menutarakan pendapat dan
dan perasaan mengikut bunyi bahasa yang berbeza dan bermakna. Akhirnya,
seseorang itu terlibat dengan aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan
berkomunikasi.
Kemahiran Bertutur
Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks
dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk
mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Di samping penghasilan bunyi bahasa,
seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosodi dan cara paralinguistik
semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan. Unsur prosodi ialah
intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda. Manakala unsur para linguistik ialah
bahasa isyarat dan pergerakan badan. Bertutur ialah kegiatan melafazkan
bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan atau dikenali juga
sebagai artikulator. Bertutur merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana
berbahasa dan berlaku pada peringkat produksi. Oleh sebab itu, individu yang
menjadi pendengar haruslah pendengar yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar
bertutur secara berkesan.
Aspek-Aspek
Pertuturan Kemahiran Bertutur
Bahasa
pertuturan melibatkan pelbagai aspek. Antara yang penting adalah sebutan
intonasi, tekanan, jeda, mora, dan sebagainya. Berikut diperlihatkan aspek-
aspek tersebut secara ringkas .
Sebutan
Dalam
aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf,
suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini,
murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan
jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini
penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama
tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh
dibunyikan sebagai /semak/ dan /sǝmak/ dan seumpamanya.
Tekanan
Tekanan
merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan
kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi
tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan.
Jeda
Unsur
ini merujuk kepada aspek persendian yang memisahkan elemen-elemen linguistik
dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai
hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan.
Misalnya ungkapan, ‘jangan tembak,’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud
larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, ‘jangan/tembak,’
bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!
Intonasi
Intonasi
merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu.
Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza
mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik,
manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.
Nada
Nada
merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu
perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi,
Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam
bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina,
kewujudannya lebih jelas.
Tatabahasa
Aspek
tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum
dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek
tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam
aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan
kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai
sebaik-baiknya.
Kelancaran
Aspek kelancaran menegaskan
perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa
gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan
kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.
Kefasihan
Aspek
kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan
berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat
dengan jelas, betul dan betul;
Laras
bahasa
Aspek
laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran
murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan
disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh
berkomunikasi secara berkesan.