1.0 Pendahuluan
Sintaksis
ialah satu cabang ilmu yang mengkaji
bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses
pembinaan ayat tetapi juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun
dalam ayat. Dengan lain perkataan,
sintaksis merupakan bidang yang mengkaji cara perkataan disusun menjadi
ayat. Dalam bidang sintaksis ini , kita
dapat mempelajari bagaimana satu-satu perkataan itu disusun dengan mengaplikasi
subjek dan predikat dalam membentuk satu
ayat yang bermakna.
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat
ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan
binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang
hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Abdullah Hassan
(1981) menyatakan sintaksis ialah "istilah untuk mengkaji pembentukan
ayat", iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang
kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat merupakan inti terbesar.
Asmah Hj. Omar (1968) turut mendefinisikan sintaksis
sebagai "bahagian daripada linguistik deskriptif atau sinkronis yang
mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai kata dan ayat".
Tugasan yang diberikan untuk menganalisis mana-mana teks
jurnal pendidikkan Bahasa Melayu dari segi aspek ayat Bahasa Melayu yang
digunakan dalam teks tersebut. Analisis tersebut merangkumi jenis-jenis ayat
yang digunakan dalam teks tersebut. Selain itu, susunan konstituen ayat yang
digunakan turut dianalisis dari teks tersebut. Seterusnya, jenis-jenis ayat
majmuk yang digunakan dalam teks tersebut yang terdiri daripada ayat majmuk
gabungan, ayat majmuk pancangan, ayat majmuk campuran dan ayat majmuk pasif. Tugasan
yang kedua ialah dengan menghasilkan bahan pengajaran menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap Satu Sekolah
Rendah. Penghasilan bahan pengajaran tersebut berbentuk slaid power point yang
bertemakan jenis-jenis Ayat Tunggal Bahasa Melayu .
2.0 Konsep Ayat
Ayat ialah inti
pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susuanan
beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan
serta mengandungi intonasi yang sempurna.
Menurut Asmah
Haji Omar, ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu.
Dalam perkataan lain, dalam nahu tidak ada unit yang lebih tinggi yang
mempunyai ayat sebagai unsurnya.
Ayat terdiri
daripada klausa yang disertai oleh intonasi ayat yang lengkap, yakni yang
dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya
menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai.
Dalam apa-apa
Bahasa, ayat tidak terhad banyaknya. Namun, setelah diklasifikasikan ayat
tergolong kepada dua bahagian, iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Ayat dasar
juga dikenali sebagai ayat inti. Ayat terbitan yang juga dikenali sebagai ayat
transformasi mengalami proses perubahan atau penerbitan ayat melalui proses
peluasan, penggantian, pengguguran atau penyusunan semua unsur-unsur atau
konstituennya. Ada juga pakar Bahasa yang menyatakan bahawa binaan ayat
mengandungi ayat inti atau ayat dasar dan ayat majmuk. Ayat tunggal pula ialah
ayat dasar atau inti yang mengalami peluasan tetapi masih mengandungi satu
subjek dan satu predikat.
Subjek ialah
konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Predikat pula ialah
kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek.
Bil
|
Subjek
|
Predikat
|
1.
|
Ali
|
guru
sementara di sekolah itu
|
2.
|
Pegawai kanan
pejabat itu
|
amat rajin dan
cekap pula
|
Ayat diatas boleh disongsangkan dengan mengekalkan
struktur binaan subjek dan predikatnya. Ayat songsang ialah predikat mendahului
subjek.
Ayat dasar ialah pola ayat yang menjadi sumber kepada
pembentukan atau terbitan semua ayat, manakala ayat terbitan pula ialah ayat
yang lebih panjang atau lebih kompleks yang diterbitkan daripada ayat dasar.
Pola ayat dasar
|
Subjek
|
Predikat
|
Pola 1
|
Frasa Nama
|
Frasa Nama
|
Pola 2
|
Frasa Nama
|
Frasa Kerja
|
Pola 3
|
Frasa Nama
|
Frasa Adjektif
|
Pola 4
|
Frasa Nama
|
Frasa Sendi Nama
|
Daripada
pola-pola ayat dasar inilah terbitnya ayat-ayat yang lain yang lebih kompleks
sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau panjang, ayat aktif
atau ayat pasif dan sebagainya.
3.0 Kajian Jurnal
Jurnal yang dikaji ialah Perjuangan
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Antarabangsa yang ditulis oleh James T. Collins pada
halaman 683 hingga 692 yang terdapat dapat jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
keluaran Ogos 1995. Kajian jurnal ini menganalisis dan menghuraikan susunan
konstituen frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain
itu, kajian ini turut menkategorikan jenis ayat dalam Bahasa Melayu termasuk
frasa, klausa, ayat dasar, ayat inti, ayat tunggal dan ayat majmuk. Seterusnya
mensintesis ayat menggunakan ilmu proses penerbitan ayat.
3.1 Jenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis Ayat Dalam Bahasa Melayu
boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu ayat penyata, ayat tanya,
ayat perintah dan ayat seruan.
DF
Berdasarkan kajian dan analisis jurnal Akomodasi Aksen, Indentiti Dan
Integrasi Kebangsaan, jenis ayat yang digunakan secara meluas dalam jurnal
tersebut ialah ayat penyata.
3.1.1 Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang
diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. Ayat
penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan
Menurut Asmah
Haji Omar (2014) dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir edisi kelima, ayat penyata
ialah ayat yang tujuannya menyampaikan berita dan tidak mensyaratkan adanya
gerak balas, baik yang bersifat kebahasaan mahupun yang bersifat perbuatan
fizikal. Menurut Asmah Haji Omar, ayat penyata terdiri daripada dua iaitu ayat
pernyataan biasa dan ayat penyata jenis pentakrifan. Contoh ayat penyata dalam
jurnal tersebut ialah:
1. Sejarah Bahasa Melayu antarabangsa tidak pudar dalam
edaran zaman.
2. Bahasa Melayu pernah dan sedang berfungsi sebagai bahasa
tadbir dalam sistem pemerintah serta jaringan dagang yang raksasa
Ayat-ayat diatas
dikategorikan ayat penyata jenis pernyataan biasa. Ayat pernyataan biasa
menurut Asmah Haji Omar (2014: 433), pernyataan biasa adalah makluman yang
disampaikan melalui ayat berita, tentang apa sahaja, baik konkrit mahupun
abstrak. Sebahagian besar ayat-ayat yang terdapat dalam jurnal ini merupakan
ayat pernyataan jenis pernyataan biasa. Seterusnya, susunan konstituen ayat
penyata tersebut ialah susunan biasa dengan subjek dihadapan dan predikat
dibelakang. Pola contoh ayat 1 ialah Frasa
Nama + Frasa Kerja. Contoh ayat 2 pula merupakan ayat majmuk campuran
iaitu menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan ayat yang mengandungi lebih
daripada satu jenis, iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dan ayat
majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk dan ayat majmuk campuran
biasanya panjang.
i.
Bahasa
Melayu pernah berfungsi sebagai bahasa tadbir dalam sistem pemerintah
serta jaringan dagang yang raksasa.
ii.
Bahasa
Melayu sedang berfungsi sebagai bahasa tadbir dalam sistem pemerintah serta
jaringan dagang yang raksasa.
Seterusnya, contoh ayat 1 berkaitan dengan ragam ayat ialah ayat penyata
tersebut merupakan ayat aktif tak transitif dengan keterangan boleh digugurkan
dengan frasa nama sebagai subjek diikuti dengan kata kerja tak transitif serta
keterangan yang boleh digugurkan. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang
mengandungi kata kerja tak transitif iaitu tidak diikuti oleh objek sebagai
penyambutnya.
Subjek
|
Predikat
|
|
Kata
Kerja Tak Transitif
|
Keterangan
Yang Boleh Digugurkan
|
|
Sejarah Bahasa Melayu antarabangsa
|
tidak pudar
|
dalam edaran zaman.
|
3.1.2 Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan
untuk menanyakan sesuatu hal. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya
tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. Tanda soal (?) diletakkan
pada akhir ayat dalam tulisan.
Manakala, menurut
Asmah Haji Omar (2014: 435) dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, ayat didefinisikan
ayat yang memerlukan jawapan. Dalam Bahasa Melayu, ayat Tanya ditandai oleh
intonasi Tanya yang mempunyai nada yang meninggi sedikit sebelum kesenyapan
terakhir. Berdasarkan jenis jawapan yang diperlukan oleh ayat Tanya, maka ayat
Tanya atau tegasnya pertanyaan, boleh dibahagikan kepada dua jenis, ayat Tanya
tertutup dan ayat Tanya terbuka. Terdapat pelbagai jenis ayat tanya yang
digunakan oleh penulis dalam teks jurnal ini, contohnya:
1. Wajarkah Bahasa Melayu diantarabangsakan?
2. Bagaimana kita mahu meletakkan kedudukan Bahasa Melayu
sejajar dengan Bahasa-bahasa yang utama didunia.
3.
Adakah
keraguan yang terkandung dalam pertanyaan-pertanyaan itu berasaskan fakta?
Contoh ayat ketiga-tiga ayat diatas ialah ayat tanya dengan terdapatnya
tanda soal (?) dibelakang ayat. Ayat ini ditemui pada halaman 683. Contoh ayat
1 dan 2 dikategorikan sebagai ayat pertanyaan terbuka yang jawapan memerlukan
kepada huraian, manakala contoh ayat 3 pula dikategorikan sebagai ayat
pertanyaan tertutup yang memerlukan jawapan ya
atau tidak.
3.1.3 Ayat Seruan
Terdapat ayat seruan yang digunakan
oleh penulis dalam penulisan jurnal ini. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan
dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu
keadaan perasaan seperti takut, marah, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi
seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya
terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak.
Kata seru yang sering digunakan ialah oh,
amboi, wah, cis, eh, adus, syabas dan sebagainya.
Menurut
Asmah Haji Omar dalam buku Nahu Melayu Terakhirnya edisi kelima (2014: 458)
mentakrifkan bahawa seruan merupakan gabungan modus perintah dan berita,menurut
situasi penggunaannya. Seruan biasanya ditandai oleh intonasi seruan yang
mempunyai tekanan keras yang disertai dengan nada meninggi yang menurun sebelum
kesenyapan. Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan tanda (!). Terdapat
beberapa ayat seruan yang terdapat dalam teks jurnal ini, iaitu:
i.
Jadi yang
menghairankan bukan kehadiran faks itu melainkan isinya!
ii.
Bahasa
Melayu tidak dikepung oleh musuh!
iii.
Bahkan
bayangan Dorothy Lamour tetap terasa dalam filem P. Ramlee!
3.2 Susunan Konstituen Ayat
Ayat tunggal
dibina oleh dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal mempunyai
dua bentuk susunan iaitu, susunan biasa dan susunan songsang.
3.2.1 Susunan songsang
Dalam susunan
songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas
subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur yang dikedepankan itulah yang
hendak diberikan penegasan, iaitu melalui proses pendepanan. Dalam BM, terdapat
sekurang-kurangnya dua proses pendepanan yang berlaku pada predikat. Terdapat
beberapa contoh ayat susunan songsang yang terdapat dalam teks jurnal ini,
contohnya:
i.
Apa
hinanya dengan konsep “Bahasa kebangsaan”?(Susunan
songsang)
-
Dengan
konsep “Bahasa kebangsaan” apa hinanya? (susunan biasa)
-
ii.
Keantarabangsaan
yang sedia ada pada Bahasa Melayu tidak mungkin dinafikan. (susunan
songsang)
-
Tidak
mungkin dinafikan keantarabangsaan yang sedia ada pada Bahasa Melayu. (susunan
biasa)
3.2.2 Susunan biasa
Dalam susunan
biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan
konstituen predikat. Ayat tunggal dalam BM boleh terbentuk dalam susunan biasa,
dan boleh juga dalam susunan songsang, melalui proses pendepanan atau
penjudulan. Penulis banyak menggunakan ayat susunan biasa dalam teks jurnal
ini, iaitu:
i.
Sejarah
Bahasa Melayu antarabangsa tidak pudar dalam edaran zaman. (susunan
biasa)
-
Tidak
pudar dalam edaran zaman sejarah Bahasa Melayu antarabangsa.
(susunan songsang)
ii.
Keuletan
dan kecekalan Bahasa Melayu sudah terbukti berulang kali. (susunan
biasa)
-
Sudah
terbukti berulang kali keuletan dan kecekalan Bahasa Melayu. (susunan
songsang)
Contoh pertama ayat susunan biasa
kerana mempunyai subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat ini juga dikenali
juga sebagai ayat tunggal dan boleh dikategorikan sebagai ayat aktif tak
transitif dengan keterangan boleh digugurkan dengan frasa nama sebagai subjek
diikuti dengan kata kerja tak transitif serta keterangan yang boleh digugurkan.
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif
iaitu tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
Contoh kedua ayat susunan biasa
merupakan ayat majmuk yang mempunyai lebih daripada dua klausa. Ayat tersebut
terdiri daripada dua ayat tunggal susunan biasa yang telah menjadi satu ayat
majmuk dengan menggugurkan frasa “sudah terbukti berulang kali”. Ayat tersebut
menggunakan kata hubung gabungan ‘dan’.
Subjek
|
Predikat
|
1.
Keuletan Bahasa Melayu
|
sudah terbukti
berulang kali
|
2.
Kecekalan Bahasa Melayu
|
sudah terbukti
berulang kali
|
3.3 Jenis-Jenis Ayat Majmuk
Tatabahasa Dewan
Edisi Baharu, (Nik Safiah Karim et.al. 2002), mendefinisikan ayat majmuk ialah
ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk
juga disebut ayat berlapis.
Abdullah Hassan
(1993) memberi makna yang majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua atau
lebih ayat.
Nik Safiah Karim
(1988) pula mentakrifkan ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat
tunggal atau lebih, iaitu mempunyai dua subjek atau lebih dua predikat atau
lebih.
Arbak Othman
(1989) menggunakan istilah ayat berlapis untuk merujuk ayat majmuk. Katanya,
ayat berlapis adalah ayat gabungan dua atau lebih ayat selapis dengan cara
menggunakan kata sendi. Kata sendi yang digunakan adalah kata sendi penambah
seperti dan, atau, serta, lalu, sama ada
… atau dan tetap
3.3.1 Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang
terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang
digabungkan dengan menggunakan kata penghubung dan, atau, tetapi dan sebagainya.
Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab-sebab ayat tersebut
disusun berturut-turut.
Antara contoh ayat majmuk gabungan
yang terdapat dalam petikan teks jurnal ialah:
1.
Keuletan dan kecekalan Bahasa Melayu sudah terbukti
berulang kali.
2.
Perlukah Bahasa Melayu mempunyai tugas dan pengaruh yang
sama dengan Bahasa lain?
3.
Pertemuan dan penghayatan seperti ini amat penting untuk
membuang mentalittas pembelaan itu.
Ayat-ayat majmuk diatas menurut Nik Safiah karim et. al (2002), menjeniskan
ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan dengan menggunakan kata
hubung ‘dan’. Contoh diatas jelas
menunjukkan bahawa ayat tersebut mempunyai kata hubung gabungan yang sama,
iaitu dan yang menghubungkan atau
mencantumkan beberapa ayat tunggal.
Dalam penyambungan
ayat-ayat ini, beberapa perkara dapat berlaku pada bahagian-bahagian ayat yang
terlibat. Ayat yang mempunyai unsur yang sama serta berulang dan bahagian
tersebut boleh digugurkan sebagai contoh ayat 1:
1.
i) Keuletan Bahasa Melayu sudah terbukti berulang kali.
ii) Kecekalan Bahasa Melayu sudah
terbukti berulang kali.
3.3.2 Ayat Majmuk Pancangan
Dalam ayat majmuk pancangan,
terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain
yang dipacangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk
itu (Nik Safiah Karim et. al. 2002: 484). Dalam Bahasa Melayu, terdapat
tiga jenis ayat majmuk pancangan
mengikut cara pembentukan serta jenis ayat yang dipacangkan.
i.
Ayat
Majmuk Pancangan Relatif
Ayat majmuk pancangan relatif boleh
dikenal pasti melalui penggunaan kata yang
seperti contoh yang terdapat dalam teks jurnal, antaranya:
1.
Selama ini belum pernah diadakan pengkajian
sosiolinguistik yang bersifat
nasional di Malaysia.
2.
Justeru wakil kebudayaan Melayu Malaysia modenlah yang paling dikenal di Indonesia.
3.
Faks itu berisikan pertanyaan untuk wawancara yang
dijadualkan beberapa hari kemudian.
ii.
Ayat
Majmuk Pancangan Komplemen
Menurut Nik Safiah Karim et. al.
(2002:488), pembentukan ayat-ayat komplemen biasanya disertai beberapa
perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan
hubungan berkenaan. Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu bahawa dan untuk. Contoh yang terdapat dalam teks jurnal ialah:
1.
Saya berani mengatakan bahawa sifat keantarabangsaan
bahasa Melayu merupakan salah satu ciri distiktifnya.
2.
Jelas bahawa
keutamaan sesuatu bahasa tidak semata mata bergantung pada jumlah penuturnya.
Saya berani mengatakan bahawa
sifat keantarabangsaan bahasa
Melayu merupakan
salah satu
ciri distiktifnya
iii.
Ayat
Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat majmuk pancangan keterangan
menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2002:492) terdiri daripada satu ayat
induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada
predikat. Contohnya:
1.
Masyarakat penutur bahasa Jerman sangat kompleks kerana
bahasa Jerman berdaulat sebagai bahasa kebangsaan di empat buah negara Eropah
3.3.3 Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang
mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada
campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat
majmuk (Nik Safiah Karim et. al., 2002:496). Nik Safiah Karim dan rakan-rakan
menambah bahawa ayat majmuk campuran biasanya panjang.
Antara
contoh ayat majmuk campuran yang terdapat dalam teks jurnal tersebut ialah:
1.
Bahasa Melayu pernah dan sedang berfungsi sebagai Bahasa
tadbir dalam sistem pemerintah serta jaringan dagang yang raksasa.
2.
Sememangnya Dewan Bahasa dan Pusat Bahasa adalah
badan-badan yang paling sesuai dan MABBIM sudah pun menunaikan tugasnya dengan
teratur
3.
Dokumentasi Bahasa Melayu yang tertua terdapat pada
prasasti yang ditemukan di Sumatera dan Jawa.
4.0 Penutup
Berdasarkan
kajian jurnal yang bertajuk Perjuangan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Antarabangsa yang ditulis oleh James T.
Collins pada halaman 683 hingga 692 yang terdapat dapat jurnal Dewan Bahasa dan
Pustaka keluaran Ogos 1995. Terdapat penggunaan jenis-jenis ayat seperti ayat
penyata, ayat tanya yang digunakan secara meluas dan beberapa ayat seruan,
manakala ayat perintah tidak digunakan penulis dalam penghasilan jurnal ini.
Penulis juga kerap menimbulkan pertanyaan kepada dirinya sendiri dan pertanyaan
tersebut dijawab dengan huraian yang diberikan.
Selain itu juga, susunan konstituen
ayat yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu susunan ayat biasa dan
susunan ayat songsang. Kedua-duanya turut digunakan oelh penulis dalam
penghasilan jurnal ini. Susunan konstituen ayat tunggal dalam susunan biasa
menunjukkan kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen
predikatnya. Susunan songsang pula wujud dalam teks jurnal ini melalui proses
pendepanan atau penjudulan iaitu predikat yang biasanya berada selepas subjek.
Akhir sekali, jenis-jenis ayat
majmuk yang dianalisis dan terdapat dalam teks ini ialah ayat majmuk gabungan,
ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Ayat majmuk pancangan pula
terbahagi kepada tiga iaitu relatif, komplemen dan keterangan. Analisis
terhadap jurnal ini menunjukkan bahawa penggunaan jenis-jenis ayat majmuk
digunakan sepenuhnya oleh penulis.
Tugasan 2
5.0 Bibliografi
Din Senu.
Kajian Linguistik. September 2010. Dicapai pada 15 Mac 2015. http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/09/bidang-kajian-linguistik.html
James T.Collins. (Ogos, 1995).
Perjuangan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Antarabangsa. Jurnal Dewan Bahasa. Hal 683 – 693.
Warisan Putih. (t.p.) 28 Ogos 2013.
Dicapai pada 16 Mac 2015. http://www.ddhamidon.com/2013/08/sintaksis.html
(28 Ogos 2013) (Warisan Putih)
Cikgu Pa’an. Pengenalan Sintaksis. 5
januari 2014. Dicapai pada 16 Mac 2015) http://ekspresbm.blogspot.com/2014/01/pengenalan-sintaksis.html
Siti Hajar Abdul Aziz.(2011). Bahasa Melayu II Siri Pendidikan Guru. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd
Ali Mahmood et al. (2007). Modul
Pembelajaran Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open University
Malaysia
Habibah Mohd Samin dan Hasnah
Awang. (2010). Revisi Bahasa Melayu
Akademik 1 untuk PPISMP. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Isu Sistem Bahasa dalam
Pendidikan Bahasa Melayu (t.t & t.p). Dicapai pada 29 Februari 2015, daripada http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=2622
Nik Safiah Karim et al. (2010). Tatabahasa Dewan (Edisi
Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Noresah Baharom et al. (Ed.). (2013). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim
Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih
Maktab Perguruan. Petaling
Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan).
Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar. (2015). Nahu
Melayu Terakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka
ayat peritah tak ada huraian. hanya ada jenis ayat lain sahaja untuk huraian.
ReplyDelete