Kata-kata

"Jika ada sebutir pasir, jadikan ia mutiara", "Jika ada segengam tanah, jadikan ia gunung", "Jika ada setitis air, jadikan ia lautan","Jika ada satu huruf, jadikan ia ayat", "Jika ada sepotong ayat, jadikan ia azimat".

Thursday, 19 January 2017

Model Pengurusan Disiplin

1.0  Model Pengurusan Disiplin Yang Sesuai
Berdasarkan rajah yang diberikan, satu model pengurusan disiplin yang sesuai untuk pengurusan bilik darjah yang paling kondusif ialah Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon. Gordon percaya bahawa disiplin bilik darjah dapat dicapai dengan membantu murid memperoleh kawalan dalaman atau kawalan kendiri dan guru seharusnya tidak lagi bergantung kepada teknik intervensi tradisional yang berpusatkan kawalan guru, ganjaran dan hukuman. Gordon menggesa guru untuk menggantikan ganjaran dan hukuman tersebut dengan menyediakan persekitaran belajar yang memberangsangkan, pendekatan I-message, aplikasi teknik menyelesaikan konflik, menghargai persepsi dan perasaan murid, mendengar murid dengan aktif dan elakkan halangan komunikasi guru seperti mengarah, memberi amaran, membebel, mengkritik, melabel dan menyindir. Aktiviti kaalan kendiri murid boleh dilakukan didalam bilik darjah, sekiranya guru menghapuskan kuasa kawalan guru yang mutlak ke atas murid (Charles,2008). Gordon, 1989 pula menegaskan bahawa “Anda akan dapat mempengaruhi murid sekiranya anda tidak menggunakan kuasa anda untuk mengawal mereka. Semakin banyak anda gunakan kuasa anda, semakin sukar anda untuk mempengaruhi mereka.” Terdapat enam langkah yang terdapat dalam Pelan Disiplin Gordon,iaitu:

1.1  Mempengaruhi Daripada Mengawal
Rajah yang menunjukkan guru tidak dapat mengawal murid didalam kelas tersebut perlu mempengaruhi murid bagi mewujudkan pengajaran yang kondusif agar murid dapat dikawal apabila guru dapat mempengaruhi mereka. Guru tidak perlu menggunakan bahasa yang kasar yang boleh menghalang komunikasi antara guru dan murid, malah perlu menggunakan peneguhan yang positif.

1.2  Mencegah Masalah Sebelum Berlaku
Guru didalam rajah tersebut perlu mencegah perkara tersebut daripada berlaku, antaranya menggunakan I-Message, membentuk peraturan bilik darjah secara kolaboratif iaitu hasil perbincangan dengan murid-murid serta menguruskan bilik darjah dengan melibatkan murid. Apabila penglibatan murid dalam pembentukan bilik darjah, mereka tidak akan melakukan sesuatu ke atas usaha yang telah mereka lakukan.

1.3  Masalah Siapa?
Berdasarkan gambar raja tersebut, masalah tersebut jelas berpunca daripada guru apabila menyuruh murid untuk membuat kelas mereka seperti rumah mereka sendiri. Guru peru lebih berhati-hati dalam mengeluarkan arahan agar tidak menjadi punca masalah. Guru perlu mengenalpasti siapakan punca masalah agar senang diselesaikan.

1.4  Berdepan Dengan Masalah Tingkah Laku
Guru perlu berdepan dengan masalah yang dihadapi dan perlu mencari cara untuk mengatasi masalah tersebut. Seperti gambar rajah, masalah yang dihadapi ialah guru tidak dapat mengawal muridnya. Antara cara yang boleh guru gunakan bagi mewujudkan persekitaran kelas yang kondusif ialah mengubah suai persekitran fizikal agar bilik darjah menjadi tempat yang menyeronokkan untuk belajar. Seterusnya melibatkan pelajar dalam mewujudkan persekitaran tersebut agar mereka menjaga kelas mereka. Selain itu pendekatan I-Message iaitu apabila guru kecewa dan beremosi, mereka boleh meluahkan perasaan melalui I-Message. Pendekatan ini lengkap mengandungi tiga perkara iaitu pernyataan pernyataan tingkah laku yang mendatangkan masalah kepada guru dan kelas, perasaan guru dan akibat tingkah laku tersebut kepada kelas. Guru juga perlu mengubah strategi mengikut kesesuaian situasi apabila i-message yang disampaikan oleh guru disalah anggap oleh murid sebagai sindiran atau provakasi. Apabila situasi ini berlaku, peka bagi guru dengan sensitiviti murid dan mengubah strategi daripada bersikap asertif kepada sikap yang lebih kepada mendengar dan memahami. Guru perlu lebih berlembut dan memahami keadaan murid.




1.5  Kemahiran Mendengar
Gordon menggariskan empat jenis kemahiran mendengar iaitu mendengar dengan pasif, memberikan maklum balas minima, membuka peluang dan mendengar dengan aktif. Kemahiran ini digunakan bagi mengelakkan halangan komunikasi antara guru dan murid. Melalui gambar rajah, guru tidak mendengar terlebih dahulu daripada murid. Guru terus memberikan arahan yang membuatkan murid melakukan aa yang mereka ingin lakukan. Mendengar secara pasif bermaksud guru mendengar dengan teliti dan memberikan ruang kepada murid untuk menceritakan apa masalah mereka. Manakala memberikan maklumbalas minima iaitu secara nonverbal seperti anggukan, senyuman, mengerutkan muka atau pergerakkan yang bersesuaian dengan situasi. Hal ini menunjukkan minat dan keprihatinan guru dengan masalah murid.
      Kemahiran membuka peluang pula memberikan peluang kepada murid untuk membincangkan masalah mereka. Maklum balas sebegini adalah bersifat terbuka dan tidak menghukum yang membuka peluang kepada murid untuk bercakap dan meluahkan perasaan. Kemahiran mendengar secara aktif pula ialah proses mengesahkan kefahaman guru terhadap masalah yang diceritakan oleh murid dan menunjukkan guru memberikan perhatian terhadap penceritaan murid.

1.6  Penyelesaian Konflik Yang Berkesan

Konflik dapat diselesaikan apabila dua pihak yang berkonflik berbincang sama-sama resolusi kepada konflik yang dihadapi dan berpuas hati serta mencapai peretujuan bersama. Bagi gambar tersebut, guru perlu duduk berbincnag bersama-sama guru lain dan murid kelas tersebut untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan baik tanpa menimbulkan sebarang masalah besar kepada dua pihak. 

3 comments:

  1. terima kasih untuk ilmu yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. As reported by Stanford Medical, It is in fact the ONLY reason women in this country get to live 10 years longer and weigh 42 pounds less than we do.

    (And by the way, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING related to "how" they eat.)

    P.S, I said "HOW", not "WHAT"...

    CLICK this link to uncover if this little test can help you release your real weight loss potential

    ReplyDelete