1.1 Reka
bentuk kurikulum.
Konsep tunjang yang diperkenalkan
dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan
nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili
bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan
yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut
menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai
yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan pula turut memfokuskan memperkembang potensi individu
berkait rapat dengan KSSR iaitu pembentukkan modal insan yang seimbang. Potensi
individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani,
emosi, dan rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh diperkembangkan
dan di gilap.
1.2 Tunjang
KSSR
KSSR berasaskan kepada enam tunjang
iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,
Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri.
Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru
iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.
Perkaitan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan tunjang KSSR ialah FPK terbahagi kepada 4 unsur, iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu
iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat
penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat
berkait rapat. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana
memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan
emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik. Unsur rohani
pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan
penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur
terakhir ialah unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting
kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan
tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan
menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.3 Matlamat
KSSR
Melahirkan insan seimbang, kreatif,
kritis, inovatif melalui tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan
fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan
nilai. Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula ingin melahirkan rakyat Malaysia
yang berketrampilan iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan
rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang
inovatif.
1.4 Objektif
KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut, insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Objektif KSSR ialah ingin
melahirkan yang bertanggungjawab iaitu warganegara yang boleh berperanan di
arena global. Selain itu, objektif KSSR iaitu ingin melahirkan pekerja berilmu.
Objektif KSSR ini saling berkait dengan unsur dalam FPK iaitu ingin melahirkan
rakyat Malaysia yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara,
memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu, serta memupuk perpaduan dalam kalangan
rakyat berbilang kaum di Malaysia.
1.5 Fokus
KSSR
KSSR memastikan selepas enam (6) tahun
persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
ditetapkan bagi setiap tahap dengan
memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan
menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian
dengan menggunakan akal.
Pada Tahap I, pengajaran dan
pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.
Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid
menguasai kemahiran tersebut. Penekanan
juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan TMK.
Pada Tahap II, penekanan diberikan
kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK,
penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan
perkembangan sahsiah.
Hal ini berkait dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu unsur yang pertama ialah “Pendidikan Suatu Usaha
Berterusan”. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat
iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia. Proses pemerolehan,
pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan
merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah
bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di
sekolah, komputer pengajian tinggi dan sebagainya.
2.0 Banding
beza
2.1 Reka
bentuk kurikulum
KBSR direka dengan hanya mempunyai
tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta
bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan
perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan insan dan menyemai
perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan
yang tersusun dan bersistematik.
Manakala, KSSR pula telah direka
dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi;
Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika;
Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam
KSSR. Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan
skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang
kepada mereka untuk menjalani ‘independent learning’.
Reka bentuk KBSR adalah bersifat
linear yang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan
misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan
dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di mana dibentuk secara
modular yang merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan
seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan sebagai
modul.
2.2 Fokus
kurikulum
Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat
melalui fokus setiap kurikulum . Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh murid. KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam
kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca,
menulis dan mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas.
Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran
Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan
akal . Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap
2, tumpuan adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.
No comments:
Post a Comment