Kata-kata

"Jika ada sebutir pasir, jadikan ia mutiara", "Jika ada segengam tanah, jadikan ia gunung", "Jika ada setitis air, jadikan ia lautan","Jika ada satu huruf, jadikan ia ayat", "Jika ada sepotong ayat, jadikan ia azimat".

Friday 27 May 2016

Tugasan 2

1.0  Pengaplikasian Standard Pembelajaran
Bagi standard kandungan bernombor 2.5 iaitu membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. Bagi standard pembelajarannya pula ialah:
                      I.        2.5.1 Membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik dengan betul.
                    II.        2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul.
                   III.        2.5.3 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat daripada bahan grafik kepada bentuk bukan grafik dengan betul.
Melalui aktiviti membaca dan menaakul bagi memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan, murid akan memperoleh hasil pembelajaran iaitu, murid dapat membaca dan mengenal pasti maklumat dalam rajah dengan betul. Seterusnya, murid mencatat maklumat berdasarkan rajah dalam jadual yang disediakan dengan betul. Selain itu, murid dapat menambahkan lagi kelancaran kemahiran membaca. Akhir sekali, murid didedahkan dengan pelbagai bahan grafik yang menarik minat murid untuk membaca.
Bagi melaksanakan aktiviti, guru perlu menyediakan manila kad yang pelbagai warna. Hal ini bertujuan menyediakan bahan grafik yang menarik bagi menarik minat murid membaca. Murid akan memutarkan roda yang terdapat beberapa tajuk diatasnya. Apabila murid mendapat tajuk setelah roda berhenti, guru akan memaparkan bahan bacaan pada skrin dan bukannya bahan bacaan didalam buku. Selain itu, menggunakan kemudahan omputer riba bagi memaparkan bahan bacaan kepada murid.
Bagi pentaksiran aktiviti ini, murid dapat membaca dan memahami bahan bacaan dengan betul. Murid juga dapat membaca, memahami dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dengan betul. Seterusnya, murid dapat menguasai iaitu memindahkan maklumat dari bentuk grafik kepada bukan grafik dengan mudah.
Bagi standard kandungan yang bernombor 2.6 iaitu membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. Standard pembelajarannya ialah:
                                                      I.        2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata.
                                                    II.        2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk menambahkan pengetahuan.
Melalui standard kandungan ini, murid memperoleh hasil pembelajaran iaitu murid dapat mengenal pasti bentuk sastera dan bukan sastera. Pendedahan awal murid kepada sastera dapat menanam rasa cinta terhadap peninggalan warisan Melayu. Seterusnya, standard kandungan ini juga dapat menambah bahan bacaan murid murid tidak perlu memfokuskan kepada bahan bacaan yang biasa sahaja, malah sastera juga salah satu bahan bacaan yang menarik untuk dibaca kerana kara-karya sastera terdahulu begitu kaya dengan nasihat dan tauladan yang boleh diikuti. Selain itu, kemahiran membaca murid meningkat. Hal ini kerana, bahasa-bahasa yang digunakan bagi penulisan sastera begitu tinggi dan penggunaan Bahasa Melayu Klasik juga turut  terdapat dalam karya sastera, hal ini dapat meningkatkan kemahiran membaca murid. Karya sastera juga terdapat dalam nada serta intonansi yang berbeza, seperti sajak, pantun, gurindam dilagukan dalam nada yang berbeza. Akhir sekali, kepelbagaian cerita yang murid dapat membaca. Bahan bacaan murid perlu dipelbagaikan dan tidak perlu diletakkan dalam fikiran murid bahawa bahan sastera bukanlah bahan bacaan.
            Bagi cadangan aktiviti untuk standard pembelajaran ini ialah guru boleh menyediakan topeng muka untuk menggambarkan sesuatu karya sastera tersebut. Guru juga boleh menyediakan muzik-muzik yang bersifat sentimental dan dipasangkan ketika murid melagukan karya sastera tersebut. Guru boleh menyediakan buku cerita yang menarik berserta gambar bagi menggambarkan keadaan sebenar sesebuah cerita sastera tersebut.

            Bagi pentaksiran aktiviti ini, murid dapat membaca karya sastera menggunakan nada dan intonansi yang betul. Seterusnya, murid dapat memperkayakan kosa kata melalui pembacaan karya sastera melalui didik hibur. Dapat menanam rasa cinta terhadap sastera dalam kalangan generasi muda.

No comments:

Post a Comment