Kata-kata

"Jika ada sebutir pasir, jadikan ia mutiara", "Jika ada segengam tanah, jadikan ia gunung", "Jika ada setitis air, jadikan ia lautan","Jika ada satu huruf, jadikan ia ayat", "Jika ada sepotong ayat, jadikan ia azimat".

Friday, 27 May 2016

Perkembangan Sastera Melayu di Malaysia

  Perkembangan Sastera Melayu di Malaysia

Sastera zaman awal tidak bernama kerana bersifat kolektif dan pengarang tidak mementingkan nama. Tradisi sastera Melayu bermula dengan kewujudan suku bangsa Melayu. Pada abad ke-17 / selepas tahun 1600M timbul kesedaran untuk  membukukan hasil-hasil sastera lama. Sastera zaman awal berunsur hiburan, sejarah, lagenda dan mitos. Cerita-cerita disampaikan secara lisan dan berkaitan kehidupan masyarakat Melayu yang sejahtera dan dikelilingi alam semula jadi yang menghijau. Cerita-cerita ini disampaikan dengan gaya yang cukup menghiburkan, terutamanya kepada golongan kanak-kanak. Turut diselitkan dengan mesej dan ajaran yang menjadi panduan dalam kehidupan seharian. Sastera tulisan bermula apabila wujud sistem tulisan. Sastera lebih berkonsepkan pengabdian kegagahan kerajaan Melayu serta jurai keturunan raja-raja Melayu. Sastera Melayu mempunyai unsur percampuran Hindu dan Islam semasa zaman peralihan antara Hindu dengan Islam.

Hasil kesedaran dan keyakinan kepada ajaran Islam, hasil sastera saduran Hindu dengan latar Islam terhasil. Berlaku perubahan dalam sastera yang berunsur Hindu. Misalnya,perubahan dari segi tajuk karya, nama-nama watak yang terlibat dan penggunaan kata-kata daripada al-Qur’an. Abdullah Munsyi dikatakan mengubah sastera klasik kepada sastera moden. Karya beliau lebih bersifat realiti berbanding karya-karya terdahulu yang menceritakan kisah-kisah ghaib. Pembaharuan tersebut telah menimbulkan pandangan yang negatif malah, beliau dikatakan sebagai tali barut Barat oleh para pengkritik hasil karya sasteranya. Pada abad ke-19, banyak hasil sastera dicipta dengan menggunakan batu cetak. Kebanyakan hasil sastera merupakan sastera saduran dan terjemahan daripada  hasil-hasil sastera luar.

Pada penghujung abad tersebut, wujudnya hasil-hasil sastera terkenal seperti Syair Siti  Zubaidah, Syair Dandan Setia dan Syair Surat al-Kiamat. Sastera berkonsepkan Seni Untuk Masyarakat wujud semasa Tanah Melayu menuntut kemerdekaan. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) berperanan penting dalam melahirkan sastera yang bermutu dan menyedarkan  masyarakat tentang kepentingan nilai kemerdekaan kepada semua bangsa. Selepas merdeka, sastera lebih bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat, meningkatkan hasil karya dan sasterawan yang semakin sedar tentang kedaulatan negara Malaysia.

Dalam tahun 1980-an, muncul penulis baru seperti Shamsiah Mohd. Nor, Zaharah Ibrahim, Siti Aishah Murad, Nina Kirana, Webah Salleh, Ghazali Ngah Azia, Marsli N.O., Hassanuddin Mast Isa, dan Abu Hassan Morad. Kebanyakan mereka menulis novel popular, novel remaja, sajak, dan cerpen. Walau bagaimanapun, Keris Mas telah menghasilkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang seiring dengan keadaan semasa.

Pada tahun 1993, diadakan Hadiah Novel Melayu Baru Perangsang – GAPENA. Novel Restu karya Ismail Kassan yang memenangi hadiah kedua telah dijadikan buku teks untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Di samping itu, Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank diadakan pada tahun 1997. Dua buah novel remaja yang muncul ialah Juliakarya Abu Hassan Morad dan Ekspedisi karya Mohd. Ghazali Tocheh. Othman Puteh turut menghasilkan sebuah novel remaja yang berjudul Terminal Tiga. Namun demikian, Shahnon Ahmad telah menggemparkan dunia sastera tanah air pada tahun 1999 dengan menulis novel kontroversi yang berjudul Shit.

Cerpen-cerpen dekad 80-an hingga kini berkembang pesat kerana majalah, akhbar, sayembara dan kumpulan cerpen memberi sumbangan yang bermakna. Majalah yang dimaksudkan ialahDewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, dan Dewan Siswa. Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA 1991 dan 1992 telah menghasil cerpen-cerpen bermutu. Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan cerpen yang berjudul Sangkar (1990), Suara Ombak(1997), Menara 7 (1998), dan Wacana Hitam Putih (1998). Senarai karya-karya berkenaan terdapat dalam jadual di bawah.

Media Penyiar Cerpen (1984 – 1997)
Pengarang
Judul Cerpen
Media
Keluaran
Jong Chian Lai
‘Tanah Bukit’
Dewan Masyarakat
Disember 1984
S. Othman Kelantan
‘Kesementaraan’
Dewan Budaya
Mac 1985
Azizi Haji Abdullah
‘Paku Payung dan Limau Mandarin’
Dewan Sastera
Jun 1987
A. Rahmad
‘Chen Xiaoli’
Dewan Sastera
Jun 1992
Mohd. Affandi Hassan
‘Birokrat Tulen’
Dewan Sastera
November 1992
Faisal Tehrani
‘Kerana Manisnya Epal’
Dewan Siswa
April 1995
Siti Hajar Mohd. Zaki
‘Menatap Wajahnya’
Dewan Siswa
Mei 1997

Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA

Pengarang
Judul Cerpen
Sayembara
Azmah Nordin
‘Kuntum Perdamaian’
Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA 1991
Jais Sahok
‘Garis Panorama’
Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA 1991
Razak Mamat
‘Perjalanan yang Tak Direncana’
Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA 1992

Kumpulan Cerpen

Pengarang
Judul Cerpen
Antologi
Zaharah Nawawi
‘Pawana’
Suara Ombak (1997)
Siti Aisah Murad
‘Ayu Zahira Masih di Sini’
Wacana Hitam Putih(1998)
Zakaria Ali
‘Gajah Putih’
Wacana Hitam Putih(1998)
Saroja Theavy a/p Balakrishnan
‘Lambaian Malar Hijau’
Menara 7 (1998)

Drama tahun 1980-an termasuklah Tikar Mengkuang Hamparan Bulu karya Abd. Talib Mohd. Hassan; Kala Dewata menulis Bujur Lalu Melintang Patah; Othman Hj. Zainuddin menulis Waktu sesudah itu, Usman Awang menulis Serunai Malam, Noordin Hassan menulis drama Malam Ini Penyu Menangis; dan Kala Dewata menulis Titik-titik Perjuangan.
Sajak-sajak tahun 80-an hingga kini juga termuat di dalam majalah dan akhbar selain daripada kumpulan sajak. Antara mereka yang tidak tergolong dalam kumpulan penyair veteran ialah Zaen Kasturi, Azran Abdul Rahman, Marzuki Ali, Moechtar Awang, Zaiton Ajamain, Mahanie Sulong, Sabariah Bahari, Naapie Mat, Wadi Leta S.A, Ami Masra, Mohamed Awang, Saiee Driss, Siti Zaleha M. Hashim, Saibil Madun, Jasni Matlani, Mustafa Jusoh, Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, Borhan Md. Zain, Chai Loon Guan, dan Nazim Mohd. Subari .


Perkembangan kesusasteraan di Malaysia menyebabkan wujudnya pembahagian sastera kepada, sastera Islam, sastera Berunsur Islam, Sastera Pascamoden, Bersifat multiculture (pertembungan budaya) dan Tidak bermoral (transgander + freetingker)

4 comments: