1.0 Teori Pemerolehan Bahasa
Seorang guru bahasa hendaklah
mengetahui bagaimana seorang kanak-kanak mempelajari bahasa supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Terdapat pelbagai
teori berkaitan dengan pemerolehan bahasa yang telah dikemukakan. Menurut
Kamaruddin Hj Husin (1988), beliau memperlihatkan prinsip-prinsip pengajaran
bahasa yang meliputi teori-teori pemerolehan bahasa.
Antara teori yang dikemukakan melibatkan teori
behaviorisme, teori kod kognitif, teori interaksionalis dan teori
fungsional.Teori kognitif juga antara teori yang penting dalam pemerolehan
bahasa.Teori ini telah diperkenalkan oleh Jean Piaget.
1.1 Teori Behavioris
Teori ini telah dipelopori oleh
Skinner, Pazlov dan Thondike. Teori ini menyatakan bahawa sesuatu kemahiran
termasuk bahasa diperoleh dari persekitaran. Murid-murid terangsang dan
tertarik untuk bertutur. Setiap pertuturan yang betul diberi ganjaran dan
diulang-ulang hingga menjadi kebiasaan. Dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa, kemahiran lisan merupakan aspek yang paling penting daripada kemahiran
menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran kedua terpenting. Selain itu,
hukum tatabahasa tidak perlu dipelajari secara formal oleh murid-murid.
Dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, pendekatan Induktif iaitu guru perlu bermula
dengan pola yang mudah kemudian beralih kepada yang lebih sukar. Guru juga
boleh bermula dari unit terkecil kepada unit yang lebih besar (binaan). Perkara
ini boleh memudahkan murid-murid memahami tajuk yang dipelajari. Di samping
itu, guru juga perlu menggunkan pendekatan berpusatkan bahan iaitu guru perlu
kreatif menyediakan bahan rangsangan bagi menarik minat murid-murid untuk
mempelajari tajuk yang disampaikan. Pada masa yang sama, guru juga harus
menyediakan ganjaran kepada tindakan atau jawapan yang tepat.
Oleh sebab,
pembelajaran merupakan satu proses rangsangan dan tindak balas, guru perlu
memainkan peranannya sebagai penggerak dan pengalak untuk menarik minat murid
ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.
Berikutnya, guru
merupakan contoh atau model kepada murid-murid. Setiap perbuatan dan percakapan
guru akan dicontohi dan menjadi ikutan murid. Oleh sebab itu, guru memainkan
peranan yang penting dalam menggunakan bahasa yang betul untuk dicontohi murid.
1.2 Teori Kognitif
Teori kognitif dipelopori oleh Jean
Piaget da Gestalt. Teori kognitif merupakan proses mental yang memainkan
peranan penting untuk memperoleh bahasa, khususnya bahasa pertama (bahasa
ibunda). Kanak-kanak mempunyai keupayaan khusus untuk mendengar, mentafsir
bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Kanak-kanak juga memperoleh bahasa pertama
dalam masa yang amat singkat iaitu 4 sehingga
5 tahun sahaja. Oleh sebab itu, kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan
untuk memahami bahasa (makna) dan bukanlah bergantung pada latihan giat
semata-mata.
Pendekatan
komunikatif merupakan cara terbaik guru bagi melatih murid untuk bertutur
dengan melafazkan bunyi – bunyi tertentu. Teori ini juga menyatakan kanak-kanak
belajar berdasarkan konsep cuba jaya. Maksudnya di sini, murid-murid akan
diberi peluang untuk cuba menjawab soalan sehingga mereka berjaya
melaksanakannya. Guru perlu menggunakan kaedah berpusatkan bahan iaitu guru berperanan
dalam memberi latihan pula, guru tidak harus memberi latihan yang berbentuk
kebiasaan yang automatis tetapi memberi latihan yang membina kecekapan dengan
menggunakan rumus-rumus yang dibentuk. Menurut teori ini tulisan dan bacaan
adalah diutamakan kerana sebagai peneguhan kepada lisan. Oleh sebab itu, guru
perlu mengutamakan penulisan dan pembacaan.
1.3 Teori Mentalis
Teori ini dipelopori oleh Noam
Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan Language
Acquisition Device (LAD). Kanak-kanak mendengar bahasa di persekitaran mereka.
Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar, menganalisis, membentuk konsep
dan rumus tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat. Menurut Noam
Chomsky, kanak-kanak mula bertutur dalam bahasa pertama mereka ketika mereka
berumur lapan belas bulan. Penguasaan sebutan (struktur luaran) adakala tidak
sama dengan penguasaan rumus tatabahasa dan makna (struktur dalaman) walaupun
penguasaan bahasa luaran bergantung kepada keupayaan bahasa dalaman.
Di dalam
pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya menguasai bahasa
dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu mengajar bahasa secara
deduktif. Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung dan berstruktur. Pada
masa yang sama, mereka perlu menguasai rumus tatabahasa agar mereka dapat
menggunakannya secara kreatif. Maksudnya di sini, murid dapat menghasilkan
ayat-ayat baharu.
Selain itu, guru
digalakkan memberi peluang kepada murid untuk berfikir ketika pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Oleh itu, guru perlu menggunakan kaedah berpusatkan bahan.
Hal ini kerana mereka dapat membina konsep dan makna. Ketika pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, murid perlu didedahkan dengan bahan-bahan sebenar
(authentik) bukan bahan yang diada-adakan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa
juga mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran
mendengar dan bertutur. Selain itu, guru digalak menyedarkan kesilapan murid
dan menggalakkan murid membaiki kesilapan yang dilakukan berdasarkan
pengetahuan rumus yang telah dipelajarinya.
1.4 Teori Interaksionalis
Teori ini dipelopori oleh Halliday.
Teori ini menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan interaksi
bahasa dan proses mental. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai
keperluan untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. Ketika
kanak-kanak berinteraksi, mereka akan menguasai makna yang lebih tepat. Teori
ini lebih memberi penekanan dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau
makna. Melalui pendekatan komunikatif, murid mudah untuk berkomunikasi dalam
masyarakat tanpa sebarang masalah.
Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, penyampaian makna yang tepat adalah penting untuk
berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh sebab itu, makna
dan tatabahasa diajar serentak. Murid juga harus didedahkan kepada situasi linguistik
untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam interaksi yang berkesan. Guru
perlulah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik
supaya dapat memberi makna kepada murid. Dari aspek kesilapan yang dilakukan
oleh murid, guru tidak perlu membaiki kesilapan bahasa murid. Guru hanya
menyedarkan murid sama ada bentuk atau struktur yang mereka guna itu betul atau
salah. Kemudian, guru meminta mereka membetulkan sendiri. Guru juga boleh
menggunakan teknik latih tubi yang bermakna secara sedikit untuk mendedahkan
struktur ayat.
Rumusan
Kebolehan pelajar melibatkan diri
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah
merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab
dalam masyarakat moden dan demokratik.Kita harus melahirkan pelajar sebagai
pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan.
Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang
dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran
bahasa memerlukan penumpuan terhadaptugas-tugas dan aktiviti bermakna.
Sekiranya dapat menyampaikan pengajarandalam bentuk aktiviti-aktiviti yang
bermakna, murid-murid bukan sahaja dapatmemperbaiki penggunaan sistem bahasa
mereka tetapi juga berkemampuanuntuk mengunakan bahasa itu dengan lancar dan
fasih. Pemerolehan bahasa adalah salah satu cara manusia untuk dapat menguasai
dan menggunakan suatu bahasa yang dipelajari atau bahasa sasaran yang dapat
disesuaikan dengan perkembangannya. Harimurti (1983:123) mengatakan bahwa
pemerolehan bahasa dapat diartikan sebagai proses pemahaman dan proses hasil
berbahasa pada manusia melalui beberapa tahap yakni fasih.
No comments:
Post a Comment