Kata-kata

"Jika ada sebutir pasir, jadikan ia mutiara", "Jika ada segengam tanah, jadikan ia gunung", "Jika ada setitis air, jadikan ia lautan","Jika ada satu huruf, jadikan ia ayat", "Jika ada sepotong ayat, jadikan ia azimat".

Thursday 19 January 2017

Pengurusan Bilik Darjah

1.0  Pengenalan

Pengurusan bilik darjah lebih tertumpu kepada persekitaran pembelajaran yang selamat, iaitu peraturan diwujudkan untuk mengawal tingkah laku murid dan mengekalkan disiplin didalam bilik darjah. Pada ketika itu, pengurusan bilik darjah merupakan satu bentuk respons kepada masalah tingkah laku yang timbul di dalam bilik darjah. Ricards (1990) mentafsirkan pengurusan  bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Alberto & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid ketika menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Hal ini bermakna, pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada kawalan bilik darjah dan peraturan semata-mata. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif (Sanford J. et al.). pengurusan bilik darjah ialah suatu proses yang akan memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat seperti menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai, membentuk suasana pembelajaran yang positif, menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan murid, menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum, meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p, mengurangkan masalah disiplin, pengurusan rutin yang berkesan dan murid belajar mengawal dan mengurukan diri sendiri.
      Jacob Kounin (1970) menyatakan bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku. Pendekatan ini memerlukan seorang guru yang mempunyai kemahiran dan kemampuan yang pelbagai dalam pengurusan bilik darjah. Hal ini kerana, pengurusan bilik darjah melibatkan beberapa kombinasi kemahiran untuk menghasilkan persekitaran yang kondusif. Ia merangkumi semua tugasan yang perlu dilakukan oleh seorang guru termasuklah tingkah laku serta sikap yang ditunjukkan beliau. Guru juga perlu mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan mereka serta membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Dalam usaha merancang, mengelola, mengawal, membuat refleksi dan membina hubungan dengan murid, guru juga perlu memunyai pengetahuan tentang keperluan murid-muridnya. Pengetahuan ini akan membantu guru menyediakan pengalaman pengajaran yang sesuai serta dapat memotivasikan dan menarik minat muridnya supaya melibatkan diri dalam proses p&p.
2.0  Penulisan akademik
i)     Kejayaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada cara guru mengurus murid dan bilik darjah. Beri pandangan anda tentang kenyataan ini dengan  merujuk rajah di atas dan lampiran 1. Justifikasi anda hendaklah menyentuh elemen-elemen berikut.
a.    Peranan Guru dalam Pengurusan Bilik Darjah
b.    Membina hubungan Guru dan Murid yang positif
c.    Pengurusan Disiplin Bilik Darjah.

ii)             Berdasarkan rajah yang diberikan, cadangkan dan justifikasi satu model pengurusan disiplin yang sesuai untuk pengurusan bilik darjah yang paling kondusif.

2.1  Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah

Menangani tingkahlaku bermasalah didalam bilik darjah merupakan peringkat pertama dalam sistem pengurusan disiplin disekolah. Terdapat strategi-strategi tertentu yang boleh diikuti oleh guru-guru dalam menangani masalah-masalah atau kesalahan-kesalahan kecil salah laku didalam bilik darjah. Teguran non-verbal mudah digunakan dan tidak mengganggu perjalan p&p.
      Apabila berdepan dengan masalah tingkah laku murid-murid didalam bilik darjah, guru ialah orang pertama yang akan menangani masalah tersebut dan bertindak sebagai pembimbing akan dibincangkan dengan lebih lanjut. Walau bagaimanapun, apabila guru tidak dapat menangani atau menyelesaikan masalah tersebut, beliau boleh merujuk kepada kaunselor sekolah atau jawatakuasa disiplin sekolah.

Rajah 1 Langkah - langkah menangani disiplin bilik darjah

2.2  Membina hubungan guru dan murid yang positif
Membina hubungan yang baik dengan murid merupakan satu proses yang berterusan. Hubungan guru-murid tidak terjalin dengan sekelip mata sebaliknya memerlukan usaha daripada kedua-dua belah pihak. Hubungan guru-murid akan terjalin dengan baik apabila murid-murid berasa gembira dan seronok menjayakan aktiviti p & p didalam bilik darjah. Kajian menunjukka bahawa apabila guru berupaya membina hubungan yang positif dengan murid-murid, motivasi, kesungguhan dan prestasi akademik meningkat dan masalah disiplin akan menurun (Jensen, 2013). Murid yang mempunyai hubungan yang positif dengan guru akan kurang berasa stres, berkelakuan baik dan lebih teruja untuk belajar (Roth, 2015).
      Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti didalam bilik darjah. Murid murid yang senang berkomunikasi dengan guru akan dapat meluahkan masalah dan berkongsi pendapat tentang pembelajaran dengan gurunya. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi akademik mereka. Peningkatan prestasi murid akan menyumbangkan kepada peningkatan konsep kendiri mereka. hubungan ini mengambil masa yang lama untuk dibentuk, oleh itu guru perlu memulakan sebaik sahaja mula sesi persekolah dan perlu mengenalpasti latar belakang sosial dan akademik murid tersebut bagi mementukan corak hubungan yang sesuai berdasarkan latar belakang murid itu. Hubungan yang baik bakal memberikan kebaikan bukan sahaja kepada guru, malah kepada murid juga.

2.2.1      Kebaikan Kepada Guru
Hubungan guru dan murid yang baik menaikkan semangat dan motivasi kepada guru untuk mengajar. Guru yang membina hubungan yang baik dengan murid-muridnya dapat melancarkan proses PdP. Murid lebih senang dikawal apabila guru dapat mewujudkan kerjasama antara mereka antaranya dalam mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Selain itu, apabila kerjasama terbentuk, aktiviti pengajaran akan menjadi lebih seronok dan efektif. Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti PdP mendorong guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih praktik dan berkesan. Seterusnya, dapat menaikkan imej guru tersebut apabila berjaya membina hubungan yang baik dan dapat mengawal murid untuk melakukan aktiviti pengajaran yang berkesan.

2.2.2      Kebaikan Kepada Murid
Apabila guru dapat membentuk hubungan yang positif antara murid, murid akan lebih berminat untuk belajar. Mereka dapat meluahkan masalah serta dapat menyatakan pendangan dan pendapat mereka. Selain itu, murid akan memberikan kerjasama yang erat kepada guru sekiranya hubungan mereka tiada masalah dan guru dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid-murid dan seterusnya dapat memberikan peneguhan yang sesuai. Seterusnya, hubungan positif ini juga dapat meningkatkan pencapaian akademi murid-murid iaitu guru boleh membantu untuk membaiki prestasi akademik mereka tanpa sebarang halangan. Disamping itu, murid lebih bermotivasi untuk belajar. Guru mampu membangkitkan motivasi intrinsik murid dan mereka akan terdorong untuk belajar dengan lebih tekun.

2.3  Pengurusan disiplin bilik darjah

Pengurusan bilik darjah yang berkesan mempunyai asas pengurusan disiplin yang kukuh. Perkataan disiplin berasal daripada perkataan Latin, iaitu disciplina yang bermaksud mengajar. Melalui kamus bahasa pula, disiplin bermaksud kawalan yang diperoleh daripada penguatkuasaan peraturan. Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) disiplin membawa maksud kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib, menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku yang baik, hormat menghormati, tolong menolong dan sentiasa berusaha membaiki keadaan sedia ada menerusi usaha yang membina. Kini, konsep disiplin sudah berbeza kerana disiplin merupakan satu aspek dalam pengajaran. Hal ini kerana, pengajaran mempengaruhi tingkah laku dan tingkah laku mempengaruhi pengajaran. Oleh sebab itu, disiplin bilik darjah dianggap sebahagian daripada pengajaran yang juga meliputi arahan, komunikasi, struktur, dan pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid (Charles, 2008).

No comments:

Post a Comment