Kata-kata

"Jika ada sebutir pasir, jadikan ia mutiara", "Jika ada segengam tanah, jadikan ia gunung", "Jika ada setitis air, jadikan ia lautan","Jika ada satu huruf, jadikan ia ayat", "Jika ada sepotong ayat, jadikan ia azimat".

Sunday, 30 August 2015

Sistem Tulisan Jawi

1.0  Pengenalan
Tulisan atau aksara Jawi ialah tulisan Arab yang digunakan untuk bahasa Melayu.  Istilah ini digunakan di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Thai Selatan. Di Indonesia, tulisan Jawi lebih dikenali sebagai tulisan Melayu huruf Arab. Tulisan Arab untuk  Bahasa Jawa pula dikenali sebagai tulisan “pegon” sedangkan ayat tulisan Arab untuk  bahasa Bugis disebut sebagai tulisan “serang”. Perkataan “tulisan” itu sendiri tidak digunakan dalam bahasa Melayu Klasik, sebaliknya istilah yang digunakan ialah  aksara. Perkataan Jawi berasal daripada bahasa Arab. Perkataan ini adalah adjektif bagi  kata  nama Arab “jawah”. Bagi orang Arab, jawah  merujuk  kepada nama daerah bagi  Asia Tenggara. Perkataan jawi adalah nama bagi  penduduk-penduduknya. Dengan itu  nama jawah atau jawi tidak hanya merujuk kepada pulau Jawa dan orang Jawa sahaja malah merujuk /kepada seluruh daerah Asia Tenggara.

      Perkembangan dalam sistem ejaan adalah sebahagian daripada perkembangan dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda. Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Tulisan Rumi menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah atau sekolah dasar. Oleh itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu. Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. Grafem-grafem atau huruf-huruf yang berbagai-bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi-bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa Sanskerta, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan-tulisan oleh orang-orang Inggeris dalam abad ke- 19 membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam ejaan.

      Sistem ejaan Rumi terus berkembang mengikut peredaraan masa dan keadaan sekeliling ketika itu. Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) telah ditubuhkan pada tahun 1922 adalah bagi meneruskan perkembangan sistem ejaan di Tanah melayu. Beberapa buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tulisan Rumi yang memperluaskan sistem ejaan sekolah yang berasaskan sistem ejaan Wilkinson telah disusun, digubal dan diterbitkan oleh tokoh-tokoh bahasa, pengkaji bahasa dan tenaga pengajar di maktab perguruan tersebut. Contoh bahan ilmiah yang telah berjaya dihasilkan seperti Kitab Loghat Melayu, Kitab Kumpulan Nama Melayu (IBrahin Dato’ Muda Linggi) dan Kitab Pelita Mengarang (rumi).
2.0  Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi
Tulisan atau skrip Jawi berasal dari skrip Arab yang sampai ke  kepulauan Melayu bersama-sama  dengan  kedatangan  agama  Islam. Skrip  Arab  tergolong  dalam  keluarga  Semitik  daripada  cabang Semitik  Utara   yang  menurunkan  keluarga  kecil  Aramaik  dan  seterusnya  kepada   Nabataen  dan  skrip  Arab. 

Pada abad  ke  7  H, kerajaan  Pasai  dikatakan  kerajaan  pertama di  kepulauan  Melayu  yang  menjadikan Islam  sebagai  agama  rasminya.  Rajanya  yang  pertama  memeluk  Islam, iaitu  Merah  Silu  telah  menukarkan  namanya  kepada  Sultan Malik  al-Salleh  yang  meninggal  pada  tahun  696  H/ 1297  M  seperti  yang  tercatat   pada  batu  nesannya.  Namun  Islam  dikatakan  bertapak   di  Kelantan  lebih  awal  kerana  sekeping  wang  emas  iaitu  al  - Julus  Kelantan  dengan  tertulis  satu  mukanya  bertarikh  577  H  dan  tulisan  Arab  yang  bermaksd  ‘menduduki  Kelantan’.   Pada  akhir  abad  ke  8  H  dan  muncul  satu  kuasa  iaitu  Melaka yang  ditegakkan  oleh  seorang  anak  raja  Palembang  yang  bernama Parameswara   yang  kemudiannya  memeluk  agama  Islam dan  menukar  namanya  kepada  Sultan  Iskandar  Syah pada  812  H.  Seterusnya  Melaka  dan Pasai   saling  berhubungan.  Di   Pulau  Jawa  Islam  mula  didakwahkan  sejak  803  H  oleh  seorang  pendakwah  yang  juga  seorang  wali  yang  bernama  Maulana  Malik  Ibrahim.

Kedatangan  Islam  bukan  sahaja  berupaya  mengubah  agama  dan  kepercayaan  masyarakat  di  kepulauan  Melayu  tetapi  juga  aspek  yang  lain  seperti   budaya  yang  lain   turut  berubah.  Di  samping   pengayaan  istilah  dengan  kemasukan  istilah  Arab/Parsi – Islam, bahasa  Melayu  telah menjadi  bahasa  perantaraan  penyampaian   Islam  di  seluruh   kepulauan Melayu. Oleh   itu  bahasa  Melayu  memperoleh  satu  aliran  baru  kerana  aliran  lama  yang  lebih  cenderung  kepada  sifat  estetika.

2.1  Zaman  Awal  Tulisan  Jawi

Kira–kira setelah lebih tiga  ratus  tahun  kemudian  daripada  waktu  pertama  bermulanya tulisan Arab di atas tadi barulah  timbul  prasasti  berbahasa  Melayu  yang  mengunakan  tulisan  Jawi  iaitu  Prasasti Terengganu  yang  bertarikh  pada  4  Rejab  702  Hijrah dan  hari  Jumaat  bersamaan  22  Februari  1303 Masihi.   Kemudian  daripada  itu  terdapat  batu  bersurat  Pahang  Darul Makmur  yang  bertarikh  pada  15  Syawal, 900  Hijrah  bersamaan  7  Julai 1495  Masihi  yang  juga  menggunakan  tulisan  Jawi.  Dari  segi  manuskrip,  tulisan  Jawi  yang  tertua  bertarikh  998  Hijrah bersamaan  1590  Masihi  iaitu naskah  bagi  Kitab  Aqaid  al-Nasafi.  Kemudian  barulah  buku -buku  yang  lain seperti  manuskrip  Tuti  Namah ( 1600 Masihi),  Surat  Izin  Berniaga  daripada  Sultan  Alauddin Syah,  Sultan  Acheh  kepada  Sir  Harry  Middleton  bertarikh   1602  Masihi, manuskrip  Hikayat  Seri  Rama  dan  lain-lain.  Di  Perpustakaan  Negara,  manuskrip  Melayu  yang  tertua  ialah  Kitab  Umdat  al-Ansab  bertarikh  1090 Hijrah.

2.2  Perkembangan Huruf  Jawi.

Sebagaimana yang dimaklumkan huruf Jawi berasal daripada tulisan Arab. Kesemua huruf-huruf Klasik Arab telah diserap masuk ke dalam huruf-huruf Jawi iaitu huruf-huruf ini diterima masuk bukan sahaja untuk menampung ejaan kata-kata Melayu tetapi juga kata-kata bahasa Arab yang dipinjam terutama sekali kata-kata istilah agama Islam. Namun huruf-huruf ini tidak dapat memenuhi semua keperluan bahasa Melayu. Terdapat fonem-fonem dalam bahasa  Melayu yang tidak ada lambangnya dalam huruf Arab. Oleh itu orang Melayu telah meminjam huruf-huruf Farsi-Hindi yang asalnya dipinjam daripada bahasa Arab tetapi telah dilakukan pengubahsuaian seperti (ga). Pada huruf Farsi-Hindi, ga diletakkan garis di atas sedangkan pada huruf Jawi Melayu (ga) dibubuh titik. Namun didapati masih tidak mantap, huruf-huruf baru terus dibentuk. Huruf-huruf baru dalam tulisan Jawi klasik ini terdiri daripada (c), (ng), (g), (p) dan (ny). Sungguhpun huruf-huruf ini adalah huruf baru yang tidak ada dalam tulisan Arab tetapi “rumah’nya dipinjam daripada tulisan Arab

Huruf-huruf Jawi di atas masih bertahan hingga sekarang kecuali huruf yang hilang begitu sahaja. Huruf ini masih wujud dalam buku William Marsden, A Dictionary and Grammar of the Malayan Language, yang bertarikh pada tahun 1812. Dalam tulisan pegon iaitu Jawi Jawa masih terus dikekalkan penggunaan huruf ini hingga sekarang tetapi titiknya diletakkan dibawah.
     
2.3  Perkembangan  Ejaan  Jawi

Sehingga kini masih belum diperoleh manuskrip terawal dalam tulisan Jawi. Manuskrip tertua yang ada pada kita sekarang ialah manuskrip Aqaid al-Nasafi yang bertarikh pada 998 Hijrah. Sungguhpun demikian kita dapat mengagak bahawa ejaan jawi yang asal adalah mengikut ejaan Arab iaitu dengan menggunakan baris  atau didiakritik. Hal ini dapat kita perhatikan dalam teks-teks manuskrip Melayu lama seperti  kitab di atas atau kitab-kitab yang lain seperti surat untuk Harry Midleton, surat Raja Aceh manuskrip Umdat al-Ansab, manuskrip Undang-Undang dan lain-lain.

Bentuk ini masih digunakan dalam kitab-kitab Melayu hingga ke abad kedua puluh satu ini. Namun dalam contoh-contoh yang diberikan ini hanya perkataan yang sukar dibaca sahaja dibubuh baris. Dalam kitab Aqaid al-Nasafi ada juga perkataan yang mudah dibubuh baris seperti (kaca). Dengan itu kita dapat mengatakan pada zaman awal tulisan Jawi, tanda-tanda baris digunakan untuk semua ejaan perkataan tidak kira sama ada susah atau mudah sesuatu sebutan perkataan itu.

Setelah memakan waktu beberapa lama dan sistem ejaan di atas pun menjadi mantap, maka timbul satu perkembangan baru iaitu tanda-tanda baris dihilangkan. Dengan  itu, yang tinggal hanyalah huruf-huruf ejaan sahaja tanpa baris.

Proses yang kedua pada sistem ejaan Jawi ini menghilangkan baris adalah sama prosesnya seperti yang berlaku pada pembelajaran bahasa Arab. Pada mulanya ejaan bahasa Arab menggunakan baris untuk menentukan sebutan yang betul termasuk nahunya tetapi kemudian dihilangkan baris-barisnya kerana pada peringkat ini nahunya telah dikuasai.

Sistem ejaan Jawi tahap kedua ini mempunyai banyak kelemahan. Kalau pada sistem pertama, kelemahannya kerana terlalu banyak membubuh tanda-tanda diakratik, maka sistem kedua ini banyak menimbulkan kekeliruan seperti berikut :

i.              Sangat sukar untuk membunyikan sebutan sesuatu kata dengan tepat dan jitu.
ii.             Banyak menimbulkan kata yang homograf.
iii.            Kerana wujudnya homograf maka timbul ketaksaan makna yang banyak.

Sistem kedua dalam terdapat dalam teks dan manuskrip Melayu. Bahkan buku-buku yang bercetak moden pun masih ada yang menggunakan sistem ejaan ini. Walaupun demikian sistem ejaan ini stabil sejak awal abad ke-17. Itulah sebabnya ada sesetengah pihak yang mempertahankan sistem ejaan ini walaupun banyak kelemahannya. Masden, Wilkinson, Winsted dan Daeng Abdul Hamid misalnya cuba mempertahankan sistem ejaan ini. 

Daripada contoh yang telah dipaparkan di atas, jelas bahawa sistem kedua ini terlalu banyak kelemahannya. Sistem ejaan itu akan menimbulkan kekeliruan dalam sebutan makna dan konsep. Atas sebab-sebab inilah maka orang Melayu telah menciptakan satu sistem ejaan Melayunya sendiri dan meninggalkan sistem ejaan Arab. Caranya ialah dengan mewujudkan huruf-huruf saksi atau disebut  vokal iaitu dengan menetapkan huruf, dan menjadi huruf saksi selain berfungsi sebagai huruf benar.

Pada peringkat awal, hanya pada sukukata pertama sahaja yang dimasukkan huruf saksi, contohnya :

                                          ( kala )                                                 ( bagi )
                                          ( suka )                                                ( gaya )
                                          ( kuda )                                                ( muara )
                                          ( pula )                                                 ( laki )
                                          ( lagi )                                                  ( Bumi )

Sistem  ini dapat  mengurangkan  ketaksaan sebutan dan makna, tetapi  kelemahannya  masih  tetap  ada.  Contohnya :
                                         
i.              boleh   menjadi ‘ laku’   dan  ‘laki’ 
ii.             boleh  menjadi ‘ lagu’,    “lagi”  dan   lagai

Dalam buku-buku Melayu Klasik dan juga manuskrip bahasa Melayu lama   bahasa lelaki banyak digunakan sistem ejaan ini seperti kitab Hidayah, al-Salikin, Furu al-Masa ii dan Sabil al Muhtadin. Pada akhir abad ke sembilan belas mula gunakan dengan lebih banyak kata yang dieja dengan menggunakan huruf saksi sepenuhnya, contohnya:

                                          ( gula )                                                 ( lagi )
                                          ( lagu)                                                  ( bumi )
                                          ( segala )                                             ( roda)
                                          ( kuda )                                                ( bilik )

Inilah sistem ejaan Jawi peringkat keempat atau sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu tahap kedua. Sistem ini banyak menyelesaikan masalah ketaksaan tersebut dan makna yang dialami oleh  sistem ejaan Jawi peringkat kedua dan ketiga.
Tentang bila mula digunakan dan di mana sistem-sistem ini  digunakan tidak dapat dikesan dengan jelas. Keadaan ini disebabkan bahan-bahan yang ada sekarang ini masih terbatas. Sebagai contoh perkataan agama dieja dengan dalam Aqaid al-Nasafi, tetapi dalam prasasti Terengganu. Ini seolah-olah berlaku kemunduran daripada perkataan yang pada mulanya mempunyai huruf vocal yang lengkap kepada yang tidak mempunyai huruf vokal  sama sekali. Keadaan ini tidak menghalang sama sekali untuk kita mengatakan ia bukanlah berlaku kemunduran, kerana bukti yang terlalu banyak untuk mengatakan bahawa ejaan Jawi bermula dengan menggunakan baris kepada menggunakan vocal yang lengkap. Bahkan pada  zaman selepasnya banyak terdapat perkataan yang dieja dengan vokal yang lengkap seperti dalam beberapa manuskrip yang terbit pada awal abad yang lepas. Namun demikian dalam kamus Jawi-Melayu-Inggeris susunan  Wilkinson pada 1903 banyak terdapat perkataan yang tidak dimasukkan vokal sama sekali.

Oleh yang demikian ejaan yang digunakan mengikut pilihan penggunanya kerana pada masa itu belum ada pedoman ejaan yang tertentu sebagaimana wujud pada masa kini. Kita juga tidak dapat mengatakan bahawa ejaan Jawi  baru sekarang adalah ejaan yang meniru sistem tulisan Rumi sebagaimana yang didakwa oleh kebanyakan orang.

3.0  Sejarah Perkembangan Tulisan Rumi

Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi bahasa Melayu telah dilakukan oleh pedagang, penggembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan. Pada ketika itu bahasa Melayu menggunakan sistem ejaan tulisan huruf Rumi Latin. Mereka telah tertarik dengan tatabahasa yang terdapat dalam sistem ejaan ini. Bermula pada abad ke-16 itu para pedagang, sarjana dan penjelajah terus menggunakan tulisan Rumi Latin dalam bahasa Melayu.

Pada tahun 1902 perancangan awal terhadap sistem ejaan telah dilakukan oleh kerajaan tanah melayu pada ketika itu. Hal ini bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang telah diketuai oleh R.J Wilkinson. Hal ini telah menghasilkan sistem ejaan Wilkinson yang telah diterbitkan pada Oktober, 1904. Ejaan Wilkinson ini telah digunakan di semua sekolah Tanah Melayu serta turut diaplikasikan dalam kamus bahasa Melayu iaitu Kamus Jawi-Melayu-Inggeris (1903).

Perkembangan sistem ini bukan hanya terhenti disitu, malah kemunculan Sistem Ejaan Zaaba telah memartabatkan lagi sistem ejaan Rumi di Tanah Melayu yang wujud pada tahun 1972. Sistem ejaan Zaaba telah diperkenalkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC).

Selain daripada sistem ejaan Za’ba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942- 1945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Za’ba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan ’50 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Selain daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-apa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada, termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan buku.

Sistem ejaan Rumi Za’ba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Za’ba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an.

Pada tahun 1956, satu perhatian serius yang penting dan besar telah diberikan terhadap sistem ejaan di tanah Melayu. Lantaran itu satu kongres telah diadakan iaitu Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu. Beberapa pembaharuan telah dirancang dan dilaksanakan. Semangat yang tinggi dalam memperjuangkan sistem ejaan pada ketika itu telah mendapat perhatian dan sokongan dari kerajaan sehingga sebuah Jawatankuasa Ejaan telah berjaya dibentuk. Pada tarikh 17 April 1959 satu perjanjian persahabatan telah dimenterai Tanah Melayu dan negara Republik Indonesia. Hasil dari perjanjian tersebut maka terbentuklah sistem Ejaan Kongres.

Ejaan Kongres adalah sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Perkara ini dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi. Antara dasar yang telah dipersetujui adalah ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disatukan atau disamakan, peraturan ejaan hendaklah mudah; dan sistem fonologi diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik dan satu fonom hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja.Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam.Kata-kata dari bahasa-bahasa asing hendaklah disusunkan pengejaannya dengan hukum-hukum fonologi Melayu.

Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

Kesimpulannya, Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip-prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu. Ejaan Rumi Baharu tidak syak lagi merupakan wahana yang cukup mudah dan cekap bagi penulisan Rumi bahasa Melayu di rantau ini untuk beberapa masa yang akan datang.

4.0  Pandangan Tokoh

Menurut Hashim Haji Musa dalam bukunya "Sejarah PerkembanganTulisan Jawi" lebih setuju dengan pendapat OmarAwang yang menegaskan kemungkinan besar kata jawi berasal dari kata dalam bahasa Arabal-Jawah. Kata ini pernah digunakan dalam catatan Arab yang tertulis sebelum pertengahan Abad ke-14 M untuk menamakan Sumatera, misalnya Yaqut, dalam Mu'jan al-Buldan dan Abu Al-Fida'.

Seterusnya, bagi tokoh pejuang tulisan Jawi sepanjang zaman, Bagi Matlob, tulisan jawi teras dan roh orang Melayu/Islam. Tulisan itu mendekatkan kita pada tulisan Arab di dalam Al Quran. Bagi beliau, adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Melayu dan yang beragama Islam untuk menguasai tulisan yang satu masa dahulu menjadi tulisan rasmi sastera, diplomasi dan dagang di rantau ini.

5.0  Faktor Kemerosotan Tulisan Jawi

Faktor kemerosotan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja atau generasi baru pada hari ini amat membimbangkan. Hal ini kerana generasi baru sebagai pewaris atau peyambung warisan budaya Melayu iaitu tulisan jawi yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu sebagai tulisan rasmi dan alat untuk menyampaikan sesuatu maklumat pada zaman dahulu. Tulisan Jawi pada hari ini hanya tinggal tulisan dan tidak berserta dengaan kemahiran atau kepakaran dalam masyarakat untuk menulis dalam tulisan jawi terutamanya generasi muda yang tidak mahir dalam menulis jawi.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kemerosotan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Antaranya subjek tulisan jawi hanya diajar diperingkat rendah dan tidak diteruskan diperingkat menengah. Betul terdapat subjek diperingkat sekolah rendah berkaitan tulisan jawi, namun tidak diteruskan diperingkat sekolah menegah apatah lagi diperingkat universiti. Pelajar yang berminat untuk terus mengambil tulisan jawi atau subjek tulisan jawi hanya boleh mengambil di sekolah menengah agama (SMA) bantuan negeri dan tidak terdapat subjek tersebut di sekolah menengah kebangsaan (SMK) atau di sekolah menengah (SM). Benarlah pepatah “melentur buluh dari rebungnya” iaitu mengajar disekolah rendah subjek tulisan jawi akan menarik minat murid dan seterusnya menjadi mahir dalam tulisan jawi, namun sekiranya tidak dipraktikkan dari masa ke semasa, kemahiran tulisan jawi ketika di sekolah rendah akan hilang dan tulisan jawi terkubur bergitu sahaja.

Seterusnya, subjek tulisan jawi tidak menjadi syarat wajib lulus peperiksaan di sekolah. Seperti kita sedia maklum, walaupun subjek tulisan jawi terdapat di sekolah rendah, namun pengajaran dan pembelajaran subjek tulisan jawi sekadar sampingan sahaja tanpa melibatkan murid perlu lulus dalam peperiksaan. Murid hanya belajar jawi sekadar untuk memenuhi sukatan pembelajaran dan sekiranya subjek yang tidak terdapat peperiksaan murid tidak memberi penekanan dan tidak membuat latihan tambahan dirumah. Oleh itu, menjadi punca kemerosotan tulisan jawi.

Selain itu, tidak menjadikan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi surat-surat rasmi kerajaan. Dapat dilihat pada hari ini surat-surat rasmi kerajaan yang dihantar ke sekolah-sekolah, ke premis-premis kerajaan menggunakan hampir 100% tulisan Rumi. Meskipun melalui Jabatan Agama Islam turut menggunakan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi urusan surat-menyurat. Hal ini menjadi faktor kemerosotan tulisan Jawi pada hari ini

6.0  Cadangan

Cadangan yang boleh diketengahkan untuk dilaksanakan bagi mengembalikan zaman kegemilangan tulisan jawi seiring dengan status negara Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang telah sedia maklum oleh negara-negara luar. Antara cadangan yang boleh dibuat ialah papan tanda dalam tulisan rumi dan diikuti dengan tulisan jawi. Perkara ini telah dilakukan di sesetengah negeri-negeri di Malaysia, tetapi patut diperluaskan malah perlu dikuatkuasakan di seluruh negara. Dengan ini, masyarakat yang terdiri daripada pelbagai golongan iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa telah dididik sejak dari kecil lagi dengan persekitaran yang dan tulisan jawi di papan-papan tanda di seluruh negara.

Selain itu, dari aspek pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seharusnya menjadikan subjek jawi sebagai syarat wajib lulus dalam peperiksaan diperingkat rendah, menengah dan di IPTA serta IPTS agar penekanan yang diberikan terhadap subjek berkaitan tulisan Jawi sama dengan subjek-subjek lain yang diambil. Hal ini dapat dilihat pada hari ini iaitu pembelajaran diperingkat rendah sahaja dan terhenti setakat bilik darjah. Dengan adanya subjek tulisan jawi dalam peperiksaan, penekanan yang lebih malah diteruskan diperingkat menengah dan di IPTA dan IPTS agar pembelajaran tulisan Jawi tidak terhenti begitu sahaja. Malah di peringkat IPTA dan IPTS mampu menarik golongan bukan Islam untuk turut serta mengambil subjek tulisan Jawi. Selain itu, penggunaan tulisan rasmi dapat digunakan secara meluas kerana kerajaan mempunyai kuasa iaitu dengan mengeluarkan surat pekeliling bagi premis-premis kerajaan menggunakan tulisan jawi dalam aktiviti surat menyurat rasmi kerajaan.

.     Media massa turut memberi sokongan seperti menyelitkan berita, iklan atau papan tanda dalam tulisan jawi. Apabila semua pihak saling membantu, usaha memartabatkan tulisan ini mudah dilaksanakan, sekali gus memperluaskan pengaruh atau penggunaannya. Pada masa sama, kegiatan menguasai ejaan ini mesti diperkasakan dalam kalangan generasi muda kerana mereka golongan terbesar. Antaranya, mengadakan pelbagai sayembara serta kursus umum di sekolah rendah dan menengah. Percambahan minat terhadap golongan ini jika dijana sejak awal mampu membentuk keseimbangan dalam pelbagai aspek sekali gus mencapai kejayaan pada masa depan. Justeru, jika ada pelajar yang berminat menjadi pakar bahasa, perlulah dikaji dan diteroka keistimewaan sistem tulisan Jawi. Ini perlu dilakukan demi masa depan negara dan negara memerlukan golongan ini untuk meneruskan kesinambungan sedia ada. Pada masa sama, penerbitan buku dalam versi Jawi mestilah dipelbagaikan dengan memberi galakan atau insentif.
     
Pameran seni khat juga seharusnya diperbanyakkan dan pelajar sekolah harus digalakkan mengunjungi pameran sedemikian supaya mendapat pendedahan yang sewajarnya tentang warisan Melayu yang kian dilupakan ini. Bengkel tentang penulisan Jawi dalam kalangan belia dan pelajar peringkat remaja dapat mempertingkatkan lagi kesedaran mempertahankan tulisan Jawi sebagai alat pengembangan ilmu. Selain daripada kemudahan bahan pengajaran, guru yang berpengalaman perlu dilahirkan untuk memenuhi keperluan pengajaran. Latihan dapat meningkatkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. 


Kesimpulannya, tulisan merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai harganya. Malah tulisan Jawi merupakan nadi yang menggerakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan meletakkan Bahasa Melayu setaraf dengan bahasa-bahasa asing di dunia ini pada satu ketika dahulu. Kini, masyarakat perlulah disedarkan tentang keperluan mempertahankan warisan budaya ini agar tidak pupus ditelan dek zaman.  Rakyat dan kerajaan perlu berganding bahu untuk merealisasikan semula keagungan tulisan Jawi sebagai alat mengembangkan ilmu dalam Bahasa Melayu

1.0  Kesimpulan

Sesungguhnya kedatangan pedagang-pedagang Arab ke alam Melayu bukan sahaja membawa agama Islam tetapi juga membawa tulisan Jawi dalam bentuk huruf-huruf Arab yang kemudiannya belaku penambahan untuk disesuaikan dengan sebutan dan bahasa Melayu itu sendiri.  Hal ini terbukti sebagaimana yang terdapat dalam teks manuskrip-manuskrip Melayu lama seperti Undang-undang Pahang, Undang-undang Laut Melaka, serta Hukum Kanun Melaka dan lain-lain teks yang sezaman dengannya.

Penggunaan tulisan Jawi amat penting pada waktu itu sebagai medium  penyampai kepada khalayak. Ini termasuklah dalam bidang yang berkatian dengan hukum agama, undang-undang negeri, mahupun teks-teks yang berbentuk cerita. Walaupun penggunaan tulisan Jawi masih belum mantap baik dari segi ejaan ataupun bentuk huruf namun penulisannya boleh dibanggakan. Mungkin pada waktu itu, penggunaan satu sistem yang sistematik tidak begitu penting, apa yang lebih diutamakan ialah maksud yang hendaklah disampaikan dapat disalurkan terus kepada kumpulan sasarannya. Lagipun sistem tulisan yang ada zaman itu masih di peringkat permulaan. Jelasnya sistem tulisan Jawi yang kita ada pada hari ini bertitik tolak daripada sistem dahulu.

Apa yang masyarakat harapkan kini ialah usaha pemantapan dan penggunaan tulisan Jawi perlu diperkasakan kembali. Menjadikan tulisan Jawi sebagai jati diri, jiwa dan semangat bangsa Melayu sebagai satu agenda nasional. Tulisan Jawi dan bahasa Melayu tidak lagi diperkotak-katikkan oleh pelbagai pihak. Kita tidak mahu generasi yang bakal mewarisi kita nanti tidak tahu membaca tulisan Jawi dan tidak petah berbahasa Melayu.








2.0  Bibliografi
Abdullah  al _ Qari  Haji  Salleh (1988).  Petua – Petua  Baru  Ejaan  Jawi, Kota  Bharu :         Pustaka  Asa.

Kang Keong  Seouk ( 1990 ).  Perkembangan  Tulisan Jawi  Dalam  Masyarakat Melayu.      Kuala Lumpur :  Dewan  Bahasa dan Pustaka.

Hashim Haji Musa (1999). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi, Kuala Lumpur:
      Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Hussien Baharuddin(2007). Bahasa Melayu Klasik, UPM, Serdang:
      Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Mohd.  Said  Sulaiman, Major  Dato’  Haji ( 1937 ).  Panduan bagi Hejaan  P.Bm.
      P.B  Diraja, Johor.  Singapura : Matba’a    al – Ahmadiyah.

Wan Ali  Hj. Wan  Mamat (1989). Tulisan  Jawi :  Tinjauan  Asal – Usulnya. Jurnal       Dewan Bahasa. Jilid  33, Bil. 8  Ogos 1989: 612 - 620

Zainal  Abidin  Ahmad ( Za’ba ) ( 1949 ).  Daftar Ejaan  Melayu : Jawi-Rumi.  Singapura         Printes  Ltd.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Kamus         Pelajar.

3 comments:

  1. nnnnnnnnnnnnnnooooooooooooooooooooooooooooooooooo


    ReplyDelete
  2. Bermanfaat untuk penambahan pengetahuan , terima kasih 😊✨

    ReplyDelete
  3. terima atas perkongsian ilmu di atas. 🥰

    ReplyDelete