Kata-kata

"Jika ada sebutir pasir, jadikan ia mutiara", "Jika ada segengam tanah, jadikan ia gunung", "Jika ada setitis air, jadikan ia lautan","Jika ada satu huruf, jadikan ia ayat", "Jika ada sepotong ayat, jadikan ia azimat".

Thursday 19 January 2017

Model ADDIE

1.0  Pengenalan
Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Model ADDIE merupakan model reka bentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan. Model ini merupakan antara model pengajaran yang sering menjadi asas kepada model-model rekabentuk pengajaran yang lain. Model ADDIE merupakan proses generik yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan. Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisien. Model Pengajaran ADDIE yang meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.

Lima fasa yang terdapat di dalam Model ADDIE iaitu:
A (Analysis)             - Analisis                           
D (Design)               - Rekabentuk                            
D (Development)      - Pembangunan                   
I (Implementation)    - Pelaksanaan                  
E (Evaluation)           - Penilaian

2.0  Penulisan Esei
Pembinaan koswer ini memerlukan inovasi diantara ahli kumpulan, antaranya kolaborasi antara ahli kumpulan. Dalam penghasilan koswer ini, pelbagai kolaborasi telah berlaku antaranya yang pertama mencari idea bagi mencari tajuk yang sesuai bagi koswer yang telah dihasilkan. Seterusnya, perkongsian idea dari segi reka bentuk yang ingin dibina dan isi kandungan yang ingin dimuatkan dalam koswer tersebut. Pemilihan tema yang sama dalam penghasilan koswer ini serta membahagikan secara sama rata tajuk yang telah dipilih iatu kata adjektif. Seterusnya matlamat kumpulan dalam penghasilan koswer ini ialah bagi memastikan murid dapat mengenal pasti dengan baik 9 jenis kata adjektif. Seterusnya, penhasilan ini juga bertujuan bagi memastikan murid mengetahui kata adjektif tidak boleh menerima imbuhan akhiran –kan bagi setiap jenis kata adjektif. Sasaran koswer ini ialah kepada murid tahun 3 bagi matapelajaran Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan.

2.1  Fasa Analisis (Analysis)
Pada peringkat ini, bahan multimedia yang dihasilkan ialah melibatkan Kata Kerja Adjektif bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar iaitu mengelaskan kata adjektif yang terbahagi kepada 9 jenis kata adjektif. Terdapat kajian menyatakan kesalahan murid dalam topik kata adjektif ialah setiap kata adjektif tidak boleh menerima imbuhan akhiran –kan. Penghasilan bahan ini bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid yang keliru ingin menggunakan imbuhan atau tidak pada kata adjektif. Pengguna sasaran ialah sesuai bagi semua tahap murid di sekolah rendah. Bahan multimedia ini bertajuk “Golongan Kata – Kata Adjektif” sesuai bagi semua tahap, namun bahan multimedia ini dihasilkan berfokuskan murid tahun 3. Standard pembelajaran ini juga sesuai berdasarkan dokumen standard kandungan penilaian (DSKP) KSSR bagi mata pelajaran Bahsa Malaysia tahun 3. Bentuk penyampaian yang akan disampaikan kepada pelajar ialah melalui perisian Articulate Storyline 2 iaitu guru menyediakan semua maklumat dan latihan menggunakan perisian tersebut. Untuk menyiapkan projek tersebut, masa yang diambil kira-kira sebulan bagi membuat perancangan dan mengumpul bahan yang diperlukan dalam menyiapkan projek ini. Mengambil kira Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, rancangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam PPPM ini dilihat satu usaha positif bagi memenuhi keperluan pendidikan global seiring arus perkembangan teknologi semasa yang makin pesat membangun. Koswer yang dihasilkan ini melalui aplikasi Articulate Storyline 2 ini menunjukkan komitmen pihak KPM dalam usaha menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah di Malaysia.

2.2  Fasa Rekabentuk (Design)
Pada peringkat rekabentuk ini, projek yang dihasilkan perlu memenuhi keperluan atau mampu menarik minat murid dengan meletakkan animasi, audio serta imej yang membuatkan murid tertarik untuk mengetahui secara lebih lanjut apa yang ingin disampaikan. Perisian Articulate Storyline 2 ialah bahan yang paling sesuai bagi menlaksanakan projek ini kerana terdapat animasi, corak, dan pelbagai lagi yang mampu memberikan nafas baru kepada bentuk penyampaian. Objektif untuk pengajaran ini ialah bagi memastikan murid dapat menggunakan pelbagai kata adjektif dengan betul dan menjawab soalan latihan yang disediakan dengan betul dan tepat. Selain itu juga, objektif pengajaran ialah bagi memastikan murid memberikan tumpuan sehingga selesai waktu pengajaran dan pembelajaran. Dari segi susun atur projek pula, maklumat yang diletakkan dalam satu – satu halaman tidaklah terlalu padat sehingga sukar bagi murid untuk mendapatkan maklumat. Pada mulanya terdapat segala maklumat berkaitan kata adjektif dan seterusnya terdapat latihan pengukuhan pada akhirnya.

2.3  Fasa Pembangunan (Development)
Pada peringkat ini, projek telah dihasilkan dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan. Projek dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Projek yang dihasilkan mengandungi beberapa keping gambar, audio serta video yang diletakkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berkesan dapat berlaku setelah disusun dan diuji beberapa kali. Pada permulaan projek ini diletakkan set induksi bagi memastikan pelajar mengenal kata adjektif daripada video serta dapat mengeluarkan kata adjektif tersebut. Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.

2.4  Fasa Perlaksanaan (Implementation)
Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Bahan pengajaran ini telah dipapar dan dilaksanakan kepada rakan-rakan sekelas saya dan pensyarah pembimbing, dan terdapat beberapa kesilapan serta ketidak sesuaian yang terdapat dalam bahan pengajaran tersebut. Pembaikan telah dilakukan sebelum diserahkan kepada pengguna sasaran yang sebenar iaitu murid tahun 3 bagi subjek Bahasa Malaysia. Pelaksanaan dibuat melalui instrumen alfa yang diuji oleh diri sendiri. Terdapat beberapa kekurangan yang dikenal pasti melalui instrument alfa antaranya maklumat yang terlalu padat pada satu satu halaman, warna yang tidak kontra dengan latar belakang serta saiz dan jenis fon tidak sama pada setiap halaman slaid. Seterusnya instrumen beta pula dilakukan oleh 2 orang rakan sekelas setelah dilakukan beberapa penambahbaikan,  instrumen beta pertama mencatat kelemahan yang sama iaitu warna tulisan masih tidak kontra dengan latar belakang, tetapi maklumat yang terlalu pada telah dikurangkan dengan menambah lapisan kedua pada setiap halaman. Instrumen beta kedua pula mencatat kelebihan ialah kit pembelajaran yang dibuat memenuhi kriteria kurikulum standard sekolah rendah dan kelemahan sudah tidak jelas setelah diperbaiki.

2.5  Fasa Penilaian (Evaluation)
Fasa terakhir ialah fasa penilaian iaitu bagi memastikan bahan pengajaran yang dihasilkan betul – betul berkesan pada dunia bilik darjah yang sebenar. Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif ini dilihat pada fasa pertama iaitu analisis, dengan menganalisis setiap maklumat serta masalah yang timbul berdasarkan tajuk yang dihasilkan dilihat sesuai dalam membantu pelajar. Malah rekabentuk yang dihasilkan juga menepati pengguna sasaran iaitu murid tahun 3. Seterusnya perkembangan dan pelaksanaan ini  sebagai fasa penambahbaikan. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna sebenar. Pada peringkat pelaksanaan kepada rakan sekelas, borang maklum balas telah diedarkan bagi melihat keberkesanan bahan pengajaran ini dan sesi soal jawab dengan pensyarah pembimbing juga telah membantu dalam menyiapkan bahan pengajaran ini. Terdapat juga kelebihan yang terdapat perlu dikekalkan antaranya maklumat yang disediakan berserta contoh. Terdapat juga animasi yang menarik mampu menarik minat pelajar serta audio yang yang sesuai pada setiap halaman yang diperolehi daripada MP3 yang sesuai.

Rumusan
Manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti articulate storyline 2, powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.


No comments:

Post a Comment