Kata-kata

"Jika ada sebutir pasir, jadikan ia mutiara", "Jika ada segengam tanah, jadikan ia gunung", "Jika ada setitis air, jadikan ia lautan","Jika ada satu huruf, jadikan ia ayat", "Jika ada sepotong ayat, jadikan ia azimat".

Sunday 30 August 2015

Sintaksis

1.0  Pendahuluan
Sintaksis ialah satu cabang ilmu  yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.  Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.  Dengan lain perkataan, sintaksis merupakan bidang yang mengkaji cara perkataan disusun menjadi ayat.  Dalam bidang sintaksis ini , kita dapat mempelajari bagaimana satu-satu perkataan itu disusun dengan mengaplikasi subjek dan predikat  dalam membentuk satu ayat yang bermakna.
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
 Abdullah Hassan (1981) menyatakan sintaksis ialah "istilah untuk mengkaji pembentukan ayat", iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat merupakan inti terbesar.
Asmah Hj. Omar (1968) turut mendefinisikan sintaksis sebagai "bahagian daripada linguistik deskriptif atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai kata dan ayat".
Tugasan yang diberikan untuk menganalisis mana-mana teks jurnal pendidikkan Bahasa Melayu dari segi aspek ayat Bahasa Melayu yang digunakan dalam teks tersebut. Analisis tersebut merangkumi jenis-jenis ayat yang digunakan dalam teks tersebut. Selain itu, susunan konstituen ayat yang digunakan turut dianalisis dari teks tersebut. Seterusnya, jenis-jenis ayat majmuk yang digunakan dalam teks tersebut yang terdiri daripada ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan, ayat majmuk campuran dan ayat majmuk pasif. Tugasan yang kedua ialah dengan menghasilkan bahan pengajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap Satu Sekolah Rendah. Penghasilan bahan pengajaran tersebut berbentuk slaid power point yang bertemakan jenis-jenis Ayat Tunggal Bahasa Melayu .

2.0  Konsep Ayat
Ayat ialah inti pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susuanan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.
Menurut Asmah Haji Omar, ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Dalam perkataan lain, dalam nahu tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya.
Ayat terdiri daripada klausa yang disertai oleh intonasi ayat yang lengkap, yakni yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai.


Dalam apa-apa Bahasa, ayat tidak terhad banyaknya. Namun, setelah diklasifikasikan ayat tergolong kepada dua bahagian, iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti. Ayat terbitan yang juga dikenali sebagai ayat transformasi mengalami proses perubahan atau penerbitan ayat melalui proses peluasan, penggantian, pengguguran atau penyusunan semua unsur-unsur atau konstituennya. Ada juga pakar Bahasa yang menyatakan bahawa binaan ayat mengandungi ayat inti atau ayat dasar dan ayat majmuk. Ayat tunggal pula ialah ayat dasar atau inti yang mengalami peluasan tetapi masih mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Subjek ialah konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Bil
Subjek
Predikat
1.
Ali
guru sementara di sekolah itu
2.
Pegawai kanan pejabat itu
amat rajin dan cekap pula

Ayat diatas boleh disongsangkan dengan mengekalkan struktur binaan subjek dan predikatnya. Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek.
Ayat dasar ialah pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat, manakala ayat terbitan pula ialah ayat yang lebih panjang atau lebih kompleks yang diterbitkan daripada ayat dasar.

Pola ayat dasar
Subjek
Predikat
Pola 1
Frasa Nama
Frasa Nama
Pola 2
Frasa Nama
Frasa Kerja
Pola 3
Frasa Nama
Frasa Adjektif
Pola 4
Frasa Nama
Frasa Sendi Nama

Daripada pola-pola ayat dasar inilah terbitnya ayat-ayat yang lain yang lebih kompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

3.0  Kajian Jurnal
Jurnal yang dikaji ialah Perjuangan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Antarabangsa  yang ditulis oleh James T. Collins pada halaman 683 hingga 692 yang terdapat dapat jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka keluaran Ogos 1995. Kajian jurnal ini menganalisis dan menghuraikan susunan konstituen frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Selain itu, kajian ini turut menkategorikan jenis ayat dalam Bahasa Melayu termasuk frasa, klausa, ayat dasar, ayat inti, ayat tunggal dan ayat majmuk. Seterusnya mensintesis ayat menggunakan ilmu proses penerbitan ayat.

3.1  Jenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis Ayat Dalam Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

DF

Berdasarkan kajian dan analisis  jurnal Akomodasi Aksen, Indentiti Dan Integrasi Kebangsaan, jenis ayat yang digunakan secara meluas dalam jurnal tersebut ialah ayat penyata.

3.1.1      Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan
Menurut Asmah Haji Omar (2014) dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir edisi kelima, ayat penyata ialah ayat yang tujuannya menyampaikan berita dan tidak mensyaratkan adanya gerak balas, baik yang bersifat kebahasaan mahupun yang bersifat perbuatan fizikal. Menurut Asmah Haji Omar, ayat penyata terdiri daripada dua iaitu ayat pernyataan biasa dan ayat penyata jenis pentakrifan. Contoh ayat penyata dalam jurnal tersebut ialah:

1.    Sejarah Bahasa Melayu antarabangsa tidak pudar dalam edaran zaman.
2.    Bahasa Melayu pernah dan sedang berfungsi sebagai bahasa tadbir dalam sistem pemerintah serta jaringan dagang yang raksasa
Ayat-ayat  diatas dikategorikan ayat penyata jenis pernyataan biasa. Ayat pernyataan biasa menurut Asmah Haji Omar (2014: 433), pernyataan biasa adalah makluman yang disampaikan melalui ayat berita, tentang apa sahaja, baik konkrit mahupun abstrak. Sebahagian besar ayat-ayat yang terdapat dalam jurnal ini merupakan ayat pernyataan jenis pernyataan biasa. Seterusnya, susunan konstituen ayat penyata tersebut ialah susunan biasa dengan subjek dihadapan dan predikat dibelakang. Pola contoh ayat 1 ialah Frasa  Nama + Frasa Kerja. Contoh ayat 2 pula merupakan ayat majmuk campuran iaitu menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis, iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk dan ayat majmuk campuran biasanya panjang.
i.              Bahasa Melayu pernah berfungsi sebagai bahasa tadbir dalam sistem pemerintah serta jaringan dagang yang raksasa.
ii.            Bahasa Melayu sedang berfungsi sebagai bahasa tadbir dalam sistem pemerintah serta jaringan dagang yang raksasa.
Seterusnya, contoh ayat 1 berkaitan dengan ragam ayat ialah ayat penyata tersebut merupakan ayat aktif tak transitif dengan keterangan boleh digugurkan dengan frasa nama sebagai subjek diikuti dengan kata kerja tak transitif serta keterangan yang boleh digugurkan. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
Subjek
Predikat
Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan Yang Boleh Digugurkan
Sejarah Bahasa Melayu antarabangsa

tidak pudar
dalam edaran zaman.


3.1.2      Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.
Manakala, menurut Asmah Haji Omar (2014: 435) dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, ayat didefinisikan ayat yang memerlukan jawapan. Dalam Bahasa Melayu, ayat Tanya ditandai oleh intonasi Tanya yang mempunyai nada yang meninggi sedikit sebelum kesenyapan terakhir. Berdasarkan jenis jawapan yang diperlukan oleh ayat Tanya, maka ayat Tanya atau tegasnya pertanyaan, boleh dibahagikan kepada dua jenis, ayat Tanya tertutup dan ayat Tanya terbuka. Terdapat pelbagai jenis ayat tanya yang digunakan oleh penulis dalam teks jurnal ini, contohnya:

1.    Wajarkah Bahasa Melayu diantarabangsakan?
2.    Bagaimana kita mahu meletakkan kedudukan Bahasa Melayu sejajar dengan Bahasa-bahasa yang utama didunia.
3.    Adakah keraguan yang terkandung dalam pertanyaan-pertanyaan itu berasaskan fakta?
Contoh ayat ketiga-tiga ayat diatas ialah ayat tanya dengan terdapatnya tanda soal (?) dibelakang ayat. Ayat ini ditemui pada halaman 683. Contoh ayat 1 dan 2 dikategorikan sebagai ayat pertanyaan terbuka yang jawapan memerlukan kepada huraian, manakala contoh ayat 3 pula dikategorikan sebagai ayat pertanyaan tertutup yang memerlukan jawapan ya atau tidak.
3.1.3      Ayat Seruan
Terdapat ayat seruan yang digunakan oleh penulis dalam penulisan jurnal ini. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, adus, syabas dan sebagainya.
      Menurut Asmah Haji Omar dalam buku Nahu Melayu Terakhirnya edisi kelima (2014: 458) mentakrifkan bahawa seruan merupakan gabungan modus perintah dan berita,menurut situasi penggunaannya. Seruan biasanya ditandai oleh intonasi seruan yang mempunyai tekanan keras yang disertai dengan nada meninggi yang menurun sebelum kesenyapan. Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan tanda (!). Terdapat beberapa ayat seruan yang terdapat dalam teks jurnal ini, iaitu:

i.              Jadi yang menghairankan bukan kehadiran faks itu melainkan isinya!
ii.             Bahasa Melayu tidak dikepung oleh musuh!
iii.            Bahkan bayangan Dorothy Lamour tetap terasa dalam filem P. Ramlee!

3.2  Susunan Konstituen Ayat
Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu, susunan biasa dan susunan songsang.

3.2.1      Susunan songsang
Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberikan penegasan, iaitu melalui proses pendepanan. Dalam BM, terdapat sekurang-kurangnya dua proses pendepanan yang berlaku pada predikat. Terdapat beberapa contoh ayat susunan songsang yang terdapat dalam teks jurnal ini, contohnya:
i.              Apa hinanya dengan konsep “Bahasa kebangsaan”?(Susunan songsang)
-       Dengan konsep “Bahasa kebangsaan” apa hinanya? (susunan biasa)
-        
ii.             Keantarabangsaan yang sedia ada pada Bahasa Melayu tidak mungkin dinafikan. (susunan songsang)
-       Tidak mungkin dinafikan keantarabangsaan yang sedia ada pada Bahasa Melayu. (susunan biasa)

3.2.2      Susunan biasa
Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat. Ayat tunggal dalam BM boleh terbentuk dalam susunan biasa, dan boleh juga dalam susunan songsang, melalui proses pendepanan atau penjudulan. Penulis banyak menggunakan ayat susunan biasa dalam teks jurnal ini, iaitu:

i.              Sejarah Bahasa Melayu antarabangsa tidak pudar dalam edaran zaman. (susunan biasa)
-       Tidak pudar dalam edaran zaman sejarah Bahasa Melayu antarabangsa. (susunan songsang)

ii.             Keuletan dan kecekalan Bahasa Melayu sudah terbukti berulang kali. (susunan biasa)
-       Sudah terbukti berulang kali keuletan dan kecekalan Bahasa Melayu. (susunan songsang)

Contoh pertama ayat susunan biasa kerana mempunyai subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat ini juga dikenali juga sebagai ayat tunggal dan boleh dikategorikan sebagai ayat aktif tak transitif dengan keterangan boleh digugurkan dengan frasa nama sebagai subjek diikuti dengan kata kerja tak transitif serta keterangan yang boleh digugurkan. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

Contoh kedua ayat susunan biasa merupakan ayat majmuk yang mempunyai lebih daripada dua klausa. Ayat tersebut terdiri daripada dua ayat tunggal susunan biasa yang telah menjadi satu ayat majmuk dengan menggugurkan frasa “sudah terbukti berulang kali”. Ayat tersebut menggunakan kata hubung gabungan ‘dan’.


Subjek
Predikat
1.    Keuletan Bahasa Melayu
sudah terbukti berulang kali
2.    Kecekalan Bahasa Melayu
sudah terbukti berulang kali


3.3  Jenis-Jenis Ayat Majmuk
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, (Nik Safiah Karim et.al. 2002), mendefinisikan ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut ayat berlapis.
Abdullah Hassan (1993) memberi makna yang majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat.
Nik Safiah Karim (1988) pula mentakrifkan ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih, iaitu mempunyai dua subjek atau lebih dua predikat atau lebih.
Arbak Othman (1989) menggunakan istilah ayat berlapis untuk merujuk ayat majmuk. Katanya, ayat berlapis adalah ayat gabungan dua atau lebih ayat selapis dengan cara menggunakan kata sendi. Kata sendi yang digunakan adalah kata sendi penambah seperti dan, atau, serta, lalu, sama ada … atau dan tetap

3.3.1      Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata penghubung dan, atau, tetapi dan sebagainya. Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab-sebab ayat tersebut disusun berturut-turut.

Antara contoh ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam petikan teks jurnal ialah:
1.    Keuletan dan kecekalan Bahasa Melayu sudah terbukti berulang kali.
2.    Perlukah Bahasa Melayu mempunyai tugas dan pengaruh yang sama dengan Bahasa lain?
3.    Pertemuan dan penghayatan seperti ini amat penting untuk membuang mentalittas pembelaan itu.
Ayat-ayat majmuk diatas menurut Nik Safiah karim et. al (2002), menjeniskan ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan dengan menggunakan kata hubung ‘dan’. Contoh diatas jelas menunjukkan bahawa ayat tersebut mempunyai kata hubung gabungan yang sama, iaitu dan yang menghubungkan atau mencantumkan beberapa ayat tunggal.
            Dalam penyambungan ayat-ayat ini, beberapa perkara dapat berlaku pada bahagian-bahagian ayat yang terlibat. Ayat yang mempunyai unsur yang sama serta berulang dan bahagian tersebut boleh digugurkan sebagai contoh ayat 1:
1.    i) Keuletan Bahasa Melayu sudah terbukti berulang kali.
ii) Kecekalan Bahasa Melayu sudah terbukti berulang kali.

3.3.2      Ayat Majmuk Pancangan
Dalam ayat majmuk pancangan, terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipacangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu (Nik Safiah Karim et. al. 2002: 484). Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga  jenis ayat majmuk pancangan mengikut cara pembentukan serta jenis ayat yang dipacangkan.

i.              Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Ayat majmuk pancangan relatif boleh dikenal pasti melalui penggunaan kata yang seperti contoh yang terdapat dalam teks jurnal, antaranya:
1.    Selama ini belum pernah diadakan pengkajian sosiolinguistik yang bersifat nasional di Malaysia.
2.    Justeru wakil kebudayaan Melayu Malaysia modenlah yang paling dikenal di Indonesia.
3.    Faks itu berisikan pertanyaan untuk wawancara yang dijadualkan beberapa hari kemudian.

ii.            Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2002:488), pembentukan ayat-ayat komplemen biasanya disertai beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan hubungan berkenaan. Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu bahawa dan untuk. Contoh yang terdapat dalam teks jurnal ialah:
1.    Saya berani mengatakan bahawa sifat keantarabangsaan bahasa Melayu merupakan salah satu ciri distiktifnya.
2.    Jelas bahawa keutamaan sesuatu bahasa tidak semata mata bergantung pada jumlah penuturnya.
          Ayat 1


  S                                                             P

FN                                                          FK
        Kata kerja               Ayat 2


                                 (Objek)

Saya                    berani mengatakan     bahawa         sifat keantarabangsaan bahasa
  Melayu merupakan salah satu
  ciri distiktifnya                                                                                                                                  



iii.           Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Ayat majmuk pancangan keterangan menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2002:492) terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Contohnya:
1.    Masyarakat penutur bahasa Jerman sangat kompleks kerana bahasa Jerman berdaulat sebagai bahasa kebangsaan di empat buah negara Eropah

3.3.3      Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk (Nik Safiah Karim et. al., 2002:496). Nik Safiah Karim dan rakan-rakan menambah bahawa ayat majmuk campuran biasanya panjang.
            Antara contoh ayat majmuk campuran yang terdapat dalam teks jurnal tersebut ialah:

1.    Bahasa Melayu pernah dan sedang berfungsi sebagai Bahasa tadbir dalam sistem pemerintah serta jaringan dagang yang raksasa.
2.    Sememangnya Dewan Bahasa dan Pusat Bahasa adalah badan-badan yang paling sesuai dan MABBIM sudah pun menunaikan tugasnya dengan teratur
3.    Dokumentasi Bahasa Melayu yang tertua terdapat pada prasasti yang ditemukan di Sumatera dan Jawa.













4.0  Penutup
Berdasarkan kajian jurnal yang bertajuk Perjuangan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Antarabangsa  yang ditulis oleh James T. Collins pada halaman 683 hingga 692 yang terdapat dapat jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka keluaran Ogos 1995. Terdapat penggunaan jenis-jenis ayat seperti ayat penyata, ayat tanya yang digunakan secara meluas dan beberapa ayat seruan, manakala ayat perintah tidak digunakan penulis dalam penghasilan jurnal ini. Penulis juga kerap menimbulkan pertanyaan kepada dirinya sendiri dan pertanyaan tersebut dijawab dengan huraian yang diberikan.
            Selain itu juga, susunan konstituen ayat yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang. Kedua-duanya turut digunakan oelh penulis dalam penghasilan jurnal ini. Susunan konstituen ayat tunggal dalam susunan biasa menunjukkan kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikatnya. Susunan songsang pula wujud dalam teks jurnal ini melalui proses pendepanan atau penjudulan iaitu predikat yang biasanya berada selepas subjek.
            Akhir sekali, jenis-jenis ayat majmuk yang dianalisis dan terdapat dalam teks ini ialah ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Ayat majmuk pancangan pula terbahagi kepada tiga iaitu relatif, komplemen dan keterangan. Analisis terhadap jurnal ini menunjukkan bahawa penggunaan jenis-jenis ayat majmuk digunakan sepenuhnya oleh penulis.
















Tugasan 2
















































5.0  Bibliografi

Din       Senu. Kajian Linguistik. September 2010. Dicapai pada 15 Mac 2015. http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/09/bidang-kajian-linguistik.html

James T.Collins. (Ogos, 1995). Perjuangan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Antarabangsa. Jurnal Dewan Bahasa. Hal 683 – 693.

Warisan Putih. (t.p.) 28 Ogos 2013. Dicapai pada 16 Mac 2015.            http://www.ddhamidon.com/2013/08/sintaksis.html (28 Ogos 2013) (Warisan Putih)

Cikgu Pa’an. Pengenalan Sintaksis. 5 januari 2014. Dicapai pada 16 Mac 2015)            http://ekspresbm.blogspot.com/2014/01/pengenalan-sintaksis.html

Siti Hajar Abdul Aziz.(2011). Bahasa Melayu II Siri Pendidikan Guru. Shah Alam:  Oxford Fajar Sdn. Bhd

Ali Mahmood et al. (2007). Modul Pembelajaran Morfologi dan Sintaksis Bahasa   Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia

Habibah Mohd Samin dan Hasnah Awang. (2010). Revisi Bahasa Melayu Akademik        1 untuk PPISMP. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Isu Sistem Bahasa dalam Pendidikan Bahasa Melayu (t.t & t.p). Dicapai pada 29   Februari 2015, daripada http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=2622

Nik Safiah Karim et al. (2010). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Baharom et al. (Ed.). (2013). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala        Lumpur:           Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab        Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala        Lumpur:           Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

      Asmah Haji Omar. (2015). Nahu Melayu Terakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur.                             Dewan Bahasa dan Pustaka