1.0 Pengenalan
Model
ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Model ADDIE merupakan model reka bentuk
yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan
pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan. Model ini merupakan antara model
pengajaran yang sering menjadi asas kepada model-model rekabentuk pengajaran
yang lain. Model ADDIE merupakan proses generik yang perlu diubah suai sebelum
dapat digunakan. Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan
rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran
itu akan menjadi lebih efektif dan efisien. Model Pengajaran ADDIE yang
meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan
penilaian.
Lima
fasa yang terdapat di dalam Model ADDIE iaitu:
A
(Analysis) - Analisis
D
(Design) - Rekabentuk
D
(Development) - Pembangunan
I
(Implementation) - Pelaksanaan
E
(Evaluation) - Penilaian
2.0 Penulisan
Esei
Pembinaan
koswer ini memerlukan inovasi diantara ahli kumpulan, antaranya kolaborasi
antara ahli kumpulan. Dalam penghasilan koswer ini, pelbagai kolaborasi telah
berlaku antaranya yang pertama mencari idea bagi mencari tajuk yang sesuai bagi
koswer yang telah dihasilkan. Seterusnya, perkongsian idea dari segi reka
bentuk yang ingin dibina dan isi kandungan yang ingin dimuatkan dalam koswer
tersebut. Pemilihan tema yang sama dalam penghasilan koswer ini serta membahagikan
secara sama rata tajuk yang telah dipilih iatu kata adjektif. Seterusnya
matlamat kumpulan dalam penghasilan koswer ini ialah bagi memastikan murid
dapat mengenal pasti dengan baik 9 jenis kata adjektif. Seterusnya, penhasilan
ini juga bertujuan bagi memastikan murid mengetahui kata adjektif tidak boleh
menerima imbuhan akhiran –kan bagi setiap jenis kata adjektif. Sasaran koswer
ini ialah kepada murid tahun 3 bagi matapelajaran Bahasa Malaysia di sekolah
kebangsaan.
2.1 Fasa
Analisis (Analysis)
Pada peringkat ini, bahan multimedia
yang dihasilkan ialah melibatkan Kata Kerja Adjektif bagi mengatasi masalah
yang dihadapi oleh pelajar iaitu mengelaskan kata adjektif yang terbahagi
kepada 9 jenis kata adjektif. Terdapat kajian menyatakan kesalahan murid dalam
topik kata adjektif ialah setiap kata adjektif tidak boleh menerima imbuhan
akhiran –kan. Penghasilan bahan ini bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh
murid yang keliru ingin menggunakan imbuhan atau tidak pada kata adjektif.
Pengguna sasaran ialah sesuai bagi semua tahap murid di sekolah rendah. Bahan
multimedia ini bertajuk “Golongan Kata – Kata Adjektif” sesuai bagi semua
tahap, namun bahan multimedia ini dihasilkan berfokuskan murid tahun 3.
Standard pembelajaran ini juga sesuai berdasarkan dokumen standard kandungan
penilaian (DSKP) KSSR bagi mata pelajaran Bahsa Malaysia tahun 3. Bentuk
penyampaian yang akan disampaikan kepada pelajar ialah melalui perisian Articulate
Storyline 2 iaitu guru menyediakan semua maklumat dan latihan menggunakan perisian
tersebut. Untuk menyiapkan projek tersebut, masa yang diambil kira-kira sebulan
bagi membuat perancangan dan mengumpul bahan yang diperlukan dalam menyiapkan
projek ini. Mengambil kira Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, rancangan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam PPPM ini dilihat satu usaha positif
bagi memenuhi keperluan pendidikan global seiring arus perkembangan teknologi
semasa yang makin pesat membangun. Koswer yang dihasilkan ini melalui aplikasi
Articulate Storyline 2 ini menunjukkan komitmen pihak KPM dalam usaha
menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah di
Malaysia.
2.2 Fasa
Rekabentuk (Design)
Pada peringkat rekabentuk ini, projek
yang dihasilkan perlu memenuhi keperluan atau mampu menarik minat murid dengan
meletakkan animasi, audio serta imej yang membuatkan murid tertarik untuk
mengetahui secara lebih lanjut apa yang ingin disampaikan. Perisian Articulate
Storyline 2 ialah bahan yang paling sesuai bagi menlaksanakan projek ini kerana
terdapat animasi, corak, dan pelbagai lagi yang mampu memberikan nafas baru
kepada bentuk penyampaian. Objektif untuk pengajaran ini ialah bagi memastikan
murid dapat menggunakan pelbagai kata adjektif dengan betul dan menjawab soalan
latihan yang disediakan dengan betul dan tepat. Selain itu juga, objektif
pengajaran ialah bagi memastikan murid memberikan tumpuan sehingga selesai
waktu pengajaran dan pembelajaran. Dari segi susun atur projek pula, maklumat
yang diletakkan dalam satu – satu halaman tidaklah terlalu padat sehingga sukar
bagi murid untuk mendapatkan maklumat. Pada mulanya terdapat segala maklumat
berkaitan kata adjektif dan seterusnya terdapat latihan pengukuhan pada
akhirnya.
2.3 Fasa
Pembangunan (Development)
Pada peringkat ini, projek telah
dihasilkan dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih
berdasarkan keperluan. Projek dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk.
Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Projek yang dihasilkan mengandungi beberapa keping gambar, audio
serta video yang diletakkan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran
berkesan dapat berlaku setelah disusun dan diuji beberapa kali. Pada permulaan
projek ini diletakkan set induksi bagi memastikan pelajar mengenal kata
adjektif daripada video serta dapat mengeluarkan kata adjektif tersebut. Kerja-
kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan
yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat
beroperasi dengan berkesan.
2.4 Fasa
Perlaksanaan (Implementation)
Di
peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau
dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah disiapkan akan
diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses
pembangunan projek berlaku. Bahan pengajaran ini telah dipapar dan dilaksanakan
kepada rakan-rakan sekelas saya dan pensyarah pembimbing, dan terdapat beberapa
kesilapan serta ketidak sesuaian yang terdapat dalam bahan pengajaran tersebut.
Pembaikan telah dilakukan sebelum diserahkan kepada pengguna sasaran yang
sebenar iaitu murid tahun 3 bagi subjek Bahasa Malaysia. Pelaksanaan dibuat
melalui instrumen alfa yang diuji oleh diri sendiri. Terdapat beberapa
kekurangan yang dikenal pasti melalui instrument alfa antaranya maklumat yang
terlalu padat pada satu satu halaman, warna yang tidak kontra dengan latar
belakang serta saiz dan jenis fon tidak sama pada setiap halaman slaid.
Seterusnya instrumen beta pula dilakukan oleh 2 orang rakan sekelas setelah
dilakukan beberapa penambahbaikan,
instrumen beta pertama mencatat kelemahan yang sama iaitu warna tulisan
masih tidak kontra dengan latar belakang, tetapi maklumat yang terlalu pada
telah dikurangkan dengan menambah lapisan kedua pada setiap halaman. Instrumen
beta kedua pula mencatat kelebihan ialah kit pembelajaran yang dibuat memenuhi
kriteria kurikulum standard sekolah rendah dan kelemahan sudah tidak jelas
setelah diperbaiki.
2.5 Fasa
Penilaian (Evaluation)
Fasa
terakhir ialah fasa penilaian iaitu bagi memastikan bahan pengajaran yang
dihasilkan betul – betul berkesan pada dunia bilik darjah yang sebenar. Penilaian
terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian
formatif ini dilihat pada fasa pertama iaitu analisis, dengan menganalisis
setiap maklumat serta masalah yang timbul berdasarkan tajuk yang dihasilkan
dilihat sesuai dalam membantu pelajar. Malah rekabentuk yang dihasilkan juga
menepati pengguna sasaran iaitu murid tahun 3. Seterusnya perkembangan dan
pelaksanaan ini sebagai fasa penambahbaikan.
Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik
sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna sebenar. Pada peringkat pelaksanaan
kepada rakan sekelas, borang maklum balas telah diedarkan bagi melihat
keberkesanan bahan pengajaran ini dan sesi soal jawab dengan pensyarah
pembimbing juga telah membantu dalam menyiapkan bahan pengajaran ini. Terdapat
juga kelebihan yang terdapat perlu dikekalkan antaranya maklumat yang
disediakan berserta contoh. Terdapat juga animasi yang menarik mampu menarik
minat pelajar serta audio yang yang sesuai pada setiap halaman yang diperolehi
daripada MP3 yang sesuai.
Rumusan
Manfaat
yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar
mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru.
Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar
dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik
serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui
pengunaan alat seperti articulate storyline 2, powerpoint, grafik, audio, video
dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar
kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk
difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk
pengkuliahan. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru
dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari
maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya
dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.