Kata-kata

"Jika ada sebutir pasir, jadikan ia mutiara", "Jika ada segengam tanah, jadikan ia gunung", "Jika ada setitis air, jadikan ia lautan","Jika ada satu huruf, jadikan ia ayat", "Jika ada sepotong ayat, jadikan ia azimat".

Friday, 27 May 2016

Tugasan 2

1.0  Pengaplikasian Standard Pembelajaran
Bagi standard kandungan bernombor 2.5 iaitu membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. Bagi standard pembelajarannya pula ialah:
                      I.        2.5.1 Membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik dengan betul.
                    II.        2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul.
                   III.        2.5.3 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat daripada bahan grafik kepada bentuk bukan grafik dengan betul.
Melalui aktiviti membaca dan menaakul bagi memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan, murid akan memperoleh hasil pembelajaran iaitu, murid dapat membaca dan mengenal pasti maklumat dalam rajah dengan betul. Seterusnya, murid mencatat maklumat berdasarkan rajah dalam jadual yang disediakan dengan betul. Selain itu, murid dapat menambahkan lagi kelancaran kemahiran membaca. Akhir sekali, murid didedahkan dengan pelbagai bahan grafik yang menarik minat murid untuk membaca.
Bagi melaksanakan aktiviti, guru perlu menyediakan manila kad yang pelbagai warna. Hal ini bertujuan menyediakan bahan grafik yang menarik bagi menarik minat murid membaca. Murid akan memutarkan roda yang terdapat beberapa tajuk diatasnya. Apabila murid mendapat tajuk setelah roda berhenti, guru akan memaparkan bahan bacaan pada skrin dan bukannya bahan bacaan didalam buku. Selain itu, menggunakan kemudahan omputer riba bagi memaparkan bahan bacaan kepada murid.
Bagi pentaksiran aktiviti ini, murid dapat membaca dan memahami bahan bacaan dengan betul. Murid juga dapat membaca, memahami dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dengan betul. Seterusnya, murid dapat menguasai iaitu memindahkan maklumat dari bentuk grafik kepada bukan grafik dengan mudah.
Bagi standard kandungan yang bernombor 2.6 iaitu membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. Standard pembelajarannya ialah:
                                                      I.        2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata.
                                                    II.        2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk menambahkan pengetahuan.
Melalui standard kandungan ini, murid memperoleh hasil pembelajaran iaitu murid dapat mengenal pasti bentuk sastera dan bukan sastera. Pendedahan awal murid kepada sastera dapat menanam rasa cinta terhadap peninggalan warisan Melayu. Seterusnya, standard kandungan ini juga dapat menambah bahan bacaan murid murid tidak perlu memfokuskan kepada bahan bacaan yang biasa sahaja, malah sastera juga salah satu bahan bacaan yang menarik untuk dibaca kerana kara-karya sastera terdahulu begitu kaya dengan nasihat dan tauladan yang boleh diikuti. Selain itu, kemahiran membaca murid meningkat. Hal ini kerana, bahasa-bahasa yang digunakan bagi penulisan sastera begitu tinggi dan penggunaan Bahasa Melayu Klasik juga turut  terdapat dalam karya sastera, hal ini dapat meningkatkan kemahiran membaca murid. Karya sastera juga terdapat dalam nada serta intonansi yang berbeza, seperti sajak, pantun, gurindam dilagukan dalam nada yang berbeza. Akhir sekali, kepelbagaian cerita yang murid dapat membaca. Bahan bacaan murid perlu dipelbagaikan dan tidak perlu diletakkan dalam fikiran murid bahawa bahan sastera bukanlah bahan bacaan.
            Bagi cadangan aktiviti untuk standard pembelajaran ini ialah guru boleh menyediakan topeng muka untuk menggambarkan sesuatu karya sastera tersebut. Guru juga boleh menyediakan muzik-muzik yang bersifat sentimental dan dipasangkan ketika murid melagukan karya sastera tersebut. Guru boleh menyediakan buku cerita yang menarik berserta gambar bagi menggambarkan keadaan sebenar sesebuah cerita sastera tersebut.

            Bagi pentaksiran aktiviti ini, murid dapat membaca karya sastera menggunakan nada dan intonansi yang betul. Seterusnya, murid dapat memperkayakan kosa kata melalui pembacaan karya sastera melalui didik hibur. Dapat menanam rasa cinta terhadap sastera dalam kalangan generasi muda.

Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan KSSR

1.1  Reka bentuk kurikulum.
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula turut memfokuskan memperkembang potensi individu berkait rapat dengan KSSR iaitu pembentukkan modal insan yang seimbang. Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh diperkembangkan dan di gilap.

1.2  Tunjang KSSR
KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Perkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan tunjang KSSR ialah FPK terbahagi kepada 4 unsur, iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik. Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur terakhir ialah unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.3  Matlamat KSSR
Melahirkan insan seimbang, kreatif, kritis, inovatif melalui tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif.

1.4  Objektif KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut, insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Objektif KSSR ialah ingin melahirkan yang bertanggungjawab iaitu warganegara yang boleh berperanan di arena global. Selain itu, objektif KSSR iaitu ingin melahirkan pekerja berilmu. Objektif KSSR ini saling berkait dengan unsur dalam FPK iaitu ingin melahirkan rakyat Malaysia yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu, serta memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

1.5  Fokus KSSR
KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap  tahap dengan memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal.

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.  Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut.  Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

Hal ini berkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu unsur yang pertama ialah “Pendidikan Suatu Usaha Berterusan”. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, komputer pengajian tinggi dan sebagainya.




2.0  Banding beza
2.1  Reka bentuk kurikulum
KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan insan dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR. Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk menjalani ‘independent learning’.

Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di mana dibentuk secara modular yang merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul.

2.2  Fokus kurikulum

Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum . Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid. KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal . Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, tumpuan adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.

Teori-Teori Menganalisis Puisi Dan Prosa

1.1  Teori Takmilah
Teori Takmilah diperkenalkan oleh Dr.Shafie Abu Bakar, pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu (JPM) Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993. Teori ini dianggap satu-satunya teori sastera Islam di Malaysia yang memberi penekanan analisis dan kritikan bersandarkan secara langsung kepada konsep tauhid. Kemunculan teori ini telah membuka jalan alternatif kepada para sarjana dan pengkritik untuk melakukan kajian, analisis, ulasan dan kritikan berasaskan prinsip-prinsip keislaman. Kritikan sastera berasaskan teori-teori Barat selama ini masih gagal untuk menghubungkan satu pertalian yang bermakna di antara pengkarya, karya dan khalayak dengan pencipta. Kritikannya lebih bersifat luaran dan konseptual tanpa menjurus kepada paksi penglahiran karya secara ma'nawi.
                                                    
Prinsip teori takmilah yang pertama ialah prinsip keislaman bersifat akmal. Takmilah boleh dianggap satu teori yang bersifat universal yang merangkumikan semua aspek kepengarangan ke dalam acuan Islam. Takmilah menuntut, semua pihak yang berada dalam lingkungan sastera menyedari bahawa, sastera itu sebagaimana juga bidang lain dalam Islam, mempunyai fungsi pelengkap yang akan melengkapkan jati diri keIslaman pada diri seseorang pengarang Islam dan karya yang dihasilkannya. Dengan kata lain, Takmilah menyempurnakan sifat keislaman menerusi sastera. Dalam Islam, sastera bukan sesuatu yang wajib, tetapi hanya merupakan suatu keperluan yang boleh ditunaikan padanya beberapa tuntutan-tuntutan agama. Oleh itu, kegiatan sastera, baik yang melibatkan pengarang, teks dan khalayak semestinya bertali arus dan berkait secara berangkai dengan Allah.

Takmilah membuka ruang kepada para pengarang, teks dan khalayak agar dapat diterima hasilnya sebagai sesuatu yang haq dan bernilai (berpahala) di sisi Allah. Sebagaimana bidang-bidang lain yang berangkaian dengan Islam, maka sastera juga tidak terkecuali. Oleh kerana itu Takmilah bertitik tolak daripada asas yang meyakini bahawa semua manusia (temasuk pengkarya/penulis) itu mempunyai tanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya serta tidak akan sempurna sifat kepengkaryaan seseorang pengkarya itu, melainkan berusaha untuk membawa karyanya ke tahap yang boleh diterima Allah sebagai ibadah. Oleh itu, sandaran pengkaryaan mengikut teori Takmilah ialah Tauhid. Yakni menanggapi bahawa pengarang, karya dan khalayak tidak boleh memisahkan diri dari lingkungan syariat Allah S.W.T. dan Rasul-Nya.

Seterusnya, prinsip ketuhanan bersifat kamal iaitu sembahan mutlak dan prinsip kerasulan sebagai insan kamil. Asas teori ini amat relevan dengan kehendak Allah supaya semua manusia memilih Islam sebagai satu cara hidup yang akan diterima oleh-Nya. Barang siapa mencari agama lain selain Islam maka tidak akan diterima agama itu dan sia-sia di sisi Allah. Firman Allah (Bermaksud); `Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan di akhirat kelak termasuk ke dalam golongan orang-orang yang rugi'- Surah al-Imran, Ayat 85. Oleh itu, sastera hadir dalam masyarakat semestinya sastera yang menjurus kepada Allah.

Prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka kearah insan yang bersifat kamil. Takmilah menuntut seseorang pengarang memiliki ilmu. Menerusi ilmu ini, seseorang pengarang akan dapat menemukan keagungan Allah, Kekuasaan-Nya dan apa jua yang menjadi tanda-tanda kewujudan Allah di dunia ini, kisah-kisah para Rasul, Sahabat, pejuang-pejuang Islam dan sebagainya dalam karya-karya mereka. Tidak akan sempurna sesebuah karya sastera itu jika hasilnya terkeluar dari prinsip-prinsip ilmu Islam, khususnya asas ilmu yang dapat membawa khalayak dan diri pengarang kepada ma'rifat Allah. Sedang pengarang, karya dan khalayak itu bertanggungjawab dan berusaha untuk mencapai tahap kesempurnaan Islamnya dalam sastera dengan mempertautkan semua aspek pengkaryaan kepada Allah S.W.T.

Selain itu, prinsip sastera itu sendiri bersifat estetik. Dari perspektif Islam, al-Khaliq adalah tunjang estetika yang asasi dan menjadi paksi segala penglahiran unsur-unsur estetika di alam ini. Keindahan yang menjadi sifat Allah ini, menjadi paksi yang asasi kepada segala aspek estetika, baik yang terungkap mahupun yang tergambar dalam fikiran manusia, terlukis dan tercatat dalam karya mahupun yang tersembunyi. Unsur-unsur estetika ini sewajarnya menuju kepada kesempurnaan makna dan apreasiasi keindahan yang hakiki itu. Dalam sastera, aspek estetika menjadi tunjang yang memberi wajah keunikannya berbanding dengan bidang-bidang ilmu yang lain. Aspek estetika dilihat bukan sahaja kepada binaan luaran karya sebagaimana yang dilihat oleh golongan strukturalis, tetapi turut menjangkau kepada unsur dalamannya serta linguistik bahasa yang menyelimutinya.

Prinsip ilmu dan sastera yang bersifat takamul. Karya, dari sudut Takmilah semestinya sebuah karya yang berjaya menjalinkan satu rangkaian hubungan iman di antara pengkarya dan khalayak kepada Allah. Khalayak pula semestinya mampu meningkatkan imannya atau menghasilkan kritikan yang mampu menyedarkan khalayak lain tentang keimanan kepada Allah. Ketiga-tiga pihak ini bergerak dalam lingkungan tauhid, sebagai sempadan yang akan memperlihatkan sifat kesempurnaannya. Dengan tidak mengabaikan unsur estetika luaran, Takmilah pergi lebih jauh menjangkau makna keindahan yang lebih kudus dan universal. Bagi Takmilah, keindahan-keindahan yang wujud dan terungkap dalam sesuatu karya tidak semestinya terbatas kepada makna luaran dan berakhir pada tafsiran yang diberikan oleh manusia, tetapi bertalian dengan keindahan hakiki yang menjadi salah satu sifat Allah.

Prinsip pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri jelas dilihat menerusi usaha Shafie Abu Bakar melahirkan teori Takmilah bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan landasan analisis teks yang mampu menyelongkari unsur estetika yang lebih syumul, tetapi juga untuk mengangkat teks-teks yang dihasilkan `berpahala` dan diterima Allah sebagai salah satu amal ibadah. Takmilah muncul sebagai satu pendekatan tauhid untuk memaknakan teks dan mengangkatkan darjatnya di sisi Islam.

1.2  Teori Semiotik
Pendekatan Semiotik merupakan salah satu kritikan yang penting dan popular dalam bidang bahasa dan kesusasteraan. Pendekatan ini kritik ini menggunakan prinsip-prinsip teori Semiotik sebagaiamana yang yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh seperti Fredinand de Saussure, Sander Pierce, Micheal Riffaterre, Umbarto Eco, Jurij Lotman dan lain-lain. Pendekatan ini menitikberatkan soal kebahasaan dengan penumpuan kepada mencari dan memahami makna menerusi sistem lambang (sign) dan perlambangan dalam teks. Asas kepada kritikan ini ialah kepercayaan bahawa makna bahasa ditandai dengan sistem lambang dan perlambangan.

Lambang dan perlambangan ini pula mempunyai hubungan dengan psikologi manusia dalam sesebuah masyarakat. Makna dalam teks dapat difahami dengan mentafsir lambang dan perlambangan yang hadir dalam teks dan dihubungkan pula dengan penerimaan umum dalam sesebuah masyarakat. Beberapa cadangan supaya kajian secara mendalam tentang bahasa yang lebih sistematik perlu diwujudkan telah disuarakan oleh ramai pemikir falsafah seperti Ferdinand de Saussure dan Charles Sander Peirce. Istilah Semiotik telah digunakan oleh Charles Sander Peirce untuk merujuk kepada satu cabang autonomous sains. Peirce boleh dianggap sebagai seorang pemula Semiotik. Beliau membezakan tiga jenis lambang iaitu ikonik, indekisal dan simbolik (Terry Eagleton,1993:111).

Di antara Peirce dan Saussure ada perbezaan yang jelas dalam penekanan terhadap lambang ini. Saussure merujuk lambang secara wewenang kepada penandanya. Pengasas utama pendekatan Semiotik dalam kajian kesusasteraan ialah Jurij M. Lotman yang menulis kertas kerja dalam buku mengenai teori dan metodologi Semiotik (Mana Sikana,1990:18). Pendekatan ini tumbuh dan berkembang di Barat pada sekitar tahun-tahun awal kurun ke 20. Tokoh-tokoh penting di belakang Semiotik ialah Saussure, Peirce, Lotman, Jonathan Culler, Micheal Riffaterre dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun setiap tokoh ini mempunyai pandangan yan berbeza terhadap konsep lambang dan perlambangan, meskipun asas teorinya sama iaitu memahami makna berasaskan sistem lambang dan perlambangan. Oleh kerana itu, pengkritik yang ingin menggunakan pendekatan ini harus terlebih dahulu memahami idea Semiotik tokoh-tokoh ini.

1.3  Teori Pengkaedahan Melayu
Teori Pengkaedahan Melayu telah dicetuskan oleh Hashim Awang (1994b) seorang sarjana dan pengkritik yang terkenal di tanah air. Teori ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 dan dikemukakan berlandaskan bahawa semua aspek kehidupan manusia yang merangkumi cara dan sikap hidup, kepercayaan dan kebudayaan setempat dalam masyarakat Melayu yang melahirkan karyanya sendiri
Teori Pengkaedahan Melayu
Perkaedahan Alamiah
 Pendekatan Gunaan
 Pendekatan moral
 Pendekatan Firasat
Pengkaedahan keagamaan
Pendekatan Dakwah
Pendekatan Kemasyarakatan
Pendekatan Seni
Rajah 1.1 Pembahagian Teori Pengkaedahan Melayu

Kaedah Pendekatan Dakwah yang melihat hubungan sastera dengan masyarakat dan alam sekitarnya telah digunakan dalam kajian (Hashim Awang, 1991). Hubungan ini dapat memperkukuhkan unsur realiti dalam karya dengan kehidupan manusia yang berkait rapat dengan alam. Elizabeth dan Tom Burns (1973) menjelaskan terdapat hubungan sastera dengan masyarakat di luarnya untuk memahami tingkah laku dan kehidupannya melalui pancaindera dan kematangan berfikir.

Dalam hal ini, Rahmat (1990) menjelaskan agama adalah keyakinan manusia kepada alam ghaib dan menuntut para pengikutnya mematuhi peraturan yang dilahirkan. Secara khusus Haron Din (1990) menegaskan agama ialah kepercayaan yang qudus, menyatakan diri pada hubungan dalam bentuk upacara, penyembahan dan permohanan, dan membentuk sikap hidup berdasarkan ajaran tertentu. Sehubungan itu, kelahiran agama Islam sebagai ‘ad-din’ bukanlah dari hasil usaha manusia tetapi semata-mata daripada kehendak Allah (Mohd. Sulaiman Hj. Yasin, 1982).

Kebebasan beragama. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia mengamalkan dasar kebebasan beragama di kalangan rakyatnya. Secara khusus hak kebebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat dalam Bahagian dua Perkara 11. Hak kebebasan beragama yang terungkap dalam novel Menjaras Ribut mencerminkan kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan bebas mengamalkan kepercayaan agama yang berbeza.

Penerapan nilai-nilai Islam yang dibicarakan ini sejajar dengan keperluan negara yang bertujuan membentuk personaliti, sahsiah dan memupuk generasi muda seperti pelajar universiti dengan nilai budaya murni yang menjadi amalan dalam kehidupan sejagat. Usaha menyemai nilai murni dalam masyarakat dapat dilaksanakan dengan menerap nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Menurut Hasan Langgulung (1981) terdapat empat fungsi penerapan nilai Islam. Pertama, menyiapkan generasi muda untuk memegang peranan tertentu dalam masyarakat pada masa depan. Kedua, memindahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan daripada generasi tua kepada generasi muda. Ketiga, memindahkan nilai-nilai murni untuk memelihara keutuhan dan kesatuan masyarakat bagi menjamin kelangsungan hidup (survival) dan membina tamadun bangsa. Keempat, mendidik dan beramal untuk kepentingan dunia dan akhirat.

Dakwah Islamiah. Dakwah merupakan kegiatan menyeru, membimbing dan meyakinkan untuk mempengaruhi orang lain supaya mengamalkan ajaran agama yang sebenar. Islam menegaskan dakwah adalah suatu kegiatan atau aktiviti yang dijalankan untuk menyeru umat manusia mengakui kebesaran dan keesaan Allah. Suruhan ini sesuai dengan firman Allah dalam surah at-Taubah ayat:22 yang bermaksud “hendaklah ada di antara kamu orang yang mendalami ilmu agama, mudah-mudahan mereka dapat menjauhkan diri daripada larangan Allah.” Dakwah Islamiah dibahagikan kepada dua iaitu dakwah dalam Islam dan dakwah di luar Islam.

1.3.1      Dakwah dalam Islam, menuntut agar Jumali Hj. Selamat Jurnal Personalia Pelajar Bil. 12 Jun/June 2009 31 setiap Muslim saling ingat-mengingati dan nasihat-menasihati antara satu sama lain untuk memperbaiki kehidupan di dunia dan akhirat.

1.3.2      Dakwah di luar Islam bermaksud memperbanyak bilangan umat Islam dan penganutnya yang dilaksanakan melalui pelbagai kegiatan untuk mempengaruhi dan menjadi daya tarikan kepda masyarakat yang memberi manfaat kepada umat manusia seluruhnya.

Islam meliputi keseluruhan kehidupan manusia yang merangkumi bidang ibadat yang berkait dengan soal fardhu ain dan fardhu kifayah, muamalat merangkumi bidang ekonomi, jual beli dan sosial, munakahat menyentuh persoalan kekeluargaan dan perkahwinan dalam Islam, jinayat berhubung dengan perkara undang-undang dan peraturan, dan jihad yang menyatakan soal pendakwahan serta semua perkara yang berkaitan dengan bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan.

Perkembangan Sastera Melayu di Malaysia

  Perkembangan Sastera Melayu di Malaysia

Sastera zaman awal tidak bernama kerana bersifat kolektif dan pengarang tidak mementingkan nama. Tradisi sastera Melayu bermula dengan kewujudan suku bangsa Melayu. Pada abad ke-17 / selepas tahun 1600M timbul kesedaran untuk  membukukan hasil-hasil sastera lama. Sastera zaman awal berunsur hiburan, sejarah, lagenda dan mitos. Cerita-cerita disampaikan secara lisan dan berkaitan kehidupan masyarakat Melayu yang sejahtera dan dikelilingi alam semula jadi yang menghijau. Cerita-cerita ini disampaikan dengan gaya yang cukup menghiburkan, terutamanya kepada golongan kanak-kanak. Turut diselitkan dengan mesej dan ajaran yang menjadi panduan dalam kehidupan seharian. Sastera tulisan bermula apabila wujud sistem tulisan. Sastera lebih berkonsepkan pengabdian kegagahan kerajaan Melayu serta jurai keturunan raja-raja Melayu. Sastera Melayu mempunyai unsur percampuran Hindu dan Islam semasa zaman peralihan antara Hindu dengan Islam.

Hasil kesedaran dan keyakinan kepada ajaran Islam, hasil sastera saduran Hindu dengan latar Islam terhasil. Berlaku perubahan dalam sastera yang berunsur Hindu. Misalnya,perubahan dari segi tajuk karya, nama-nama watak yang terlibat dan penggunaan kata-kata daripada al-Qur’an. Abdullah Munsyi dikatakan mengubah sastera klasik kepada sastera moden. Karya beliau lebih bersifat realiti berbanding karya-karya terdahulu yang menceritakan kisah-kisah ghaib. Pembaharuan tersebut telah menimbulkan pandangan yang negatif malah, beliau dikatakan sebagai tali barut Barat oleh para pengkritik hasil karya sasteranya. Pada abad ke-19, banyak hasil sastera dicipta dengan menggunakan batu cetak. Kebanyakan hasil sastera merupakan sastera saduran dan terjemahan daripada  hasil-hasil sastera luar.

Pada penghujung abad tersebut, wujudnya hasil-hasil sastera terkenal seperti Syair Siti  Zubaidah, Syair Dandan Setia dan Syair Surat al-Kiamat. Sastera berkonsepkan Seni Untuk Masyarakat wujud semasa Tanah Melayu menuntut kemerdekaan. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) berperanan penting dalam melahirkan sastera yang bermutu dan menyedarkan  masyarakat tentang kepentingan nilai kemerdekaan kepada semua bangsa. Selepas merdeka, sastera lebih bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat, meningkatkan hasil karya dan sasterawan yang semakin sedar tentang kedaulatan negara Malaysia.

Dalam tahun 1980-an, muncul penulis baru seperti Shamsiah Mohd. Nor, Zaharah Ibrahim, Siti Aishah Murad, Nina Kirana, Webah Salleh, Ghazali Ngah Azia, Marsli N.O., Hassanuddin Mast Isa, dan Abu Hassan Morad. Kebanyakan mereka menulis novel popular, novel remaja, sajak, dan cerpen. Walau bagaimanapun, Keris Mas telah menghasilkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang seiring dengan keadaan semasa.

Pada tahun 1993, diadakan Hadiah Novel Melayu Baru Perangsang – GAPENA. Novel Restu karya Ismail Kassan yang memenangi hadiah kedua telah dijadikan buku teks untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Di samping itu, Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank diadakan pada tahun 1997. Dua buah novel remaja yang muncul ialah Juliakarya Abu Hassan Morad dan Ekspedisi karya Mohd. Ghazali Tocheh. Othman Puteh turut menghasilkan sebuah novel remaja yang berjudul Terminal Tiga. Namun demikian, Shahnon Ahmad telah menggemparkan dunia sastera tanah air pada tahun 1999 dengan menulis novel kontroversi yang berjudul Shit.

Cerpen-cerpen dekad 80-an hingga kini berkembang pesat kerana majalah, akhbar, sayembara dan kumpulan cerpen memberi sumbangan yang bermakna. Majalah yang dimaksudkan ialahDewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, dan Dewan Siswa. Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA 1991 dan 1992 telah menghasil cerpen-cerpen bermutu. Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan cerpen yang berjudul Sangkar (1990), Suara Ombak(1997), Menara 7 (1998), dan Wacana Hitam Putih (1998). Senarai karya-karya berkenaan terdapat dalam jadual di bawah.

Media Penyiar Cerpen (1984 – 1997)
Pengarang
Judul Cerpen
Media
Keluaran
Jong Chian Lai
‘Tanah Bukit’
Dewan Masyarakat
Disember 1984
S. Othman Kelantan
‘Kesementaraan’
Dewan Budaya
Mac 1985
Azizi Haji Abdullah
‘Paku Payung dan Limau Mandarin’
Dewan Sastera
Jun 1987
A. Rahmad
‘Chen Xiaoli’
Dewan Sastera
Jun 1992
Mohd. Affandi Hassan
‘Birokrat Tulen’
Dewan Sastera
November 1992
Faisal Tehrani
‘Kerana Manisnya Epal’
Dewan Siswa
April 1995
Siti Hajar Mohd. Zaki
‘Menatap Wajahnya’
Dewan Siswa
Mei 1997

Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA

Pengarang
Judul Cerpen
Sayembara
Azmah Nordin
‘Kuntum Perdamaian’
Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA 1991
Jais Sahok
‘Garis Panorama’
Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA 1991
Razak Mamat
‘Perjalanan yang Tak Direncana’
Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA 1992

Kumpulan Cerpen

Pengarang
Judul Cerpen
Antologi
Zaharah Nawawi
‘Pawana’
Suara Ombak (1997)
Siti Aisah Murad
‘Ayu Zahira Masih di Sini’
Wacana Hitam Putih(1998)
Zakaria Ali
‘Gajah Putih’
Wacana Hitam Putih(1998)
Saroja Theavy a/p Balakrishnan
‘Lambaian Malar Hijau’
Menara 7 (1998)

Drama tahun 1980-an termasuklah Tikar Mengkuang Hamparan Bulu karya Abd. Talib Mohd. Hassan; Kala Dewata menulis Bujur Lalu Melintang Patah; Othman Hj. Zainuddin menulis Waktu sesudah itu, Usman Awang menulis Serunai Malam, Noordin Hassan menulis drama Malam Ini Penyu Menangis; dan Kala Dewata menulis Titik-titik Perjuangan.
Sajak-sajak tahun 80-an hingga kini juga termuat di dalam majalah dan akhbar selain daripada kumpulan sajak. Antara mereka yang tidak tergolong dalam kumpulan penyair veteran ialah Zaen Kasturi, Azran Abdul Rahman, Marzuki Ali, Moechtar Awang, Zaiton Ajamain, Mahanie Sulong, Sabariah Bahari, Naapie Mat, Wadi Leta S.A, Ami Masra, Mohamed Awang, Saiee Driss, Siti Zaleha M. Hashim, Saibil Madun, Jasni Matlani, Mustafa Jusoh, Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, Borhan Md. Zain, Chai Loon Guan, dan Nazim Mohd. Subari .


Perkembangan kesusasteraan di Malaysia menyebabkan wujudnya pembahagian sastera kepada, sastera Islam, sastera Berunsur Islam, Sastera Pascamoden, Bersifat multiculture (pertembungan budaya) dan Tidak bermoral (transgander + freetingker)